Geran Pelancaran

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan sebuah agensi kerajaan yang berperanan menyediakan bantuan buat individu dalam kelompok dalam masyarakat. Setiap bantuan yang diberikan haruslah berdasarkan permohonan serta memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Pemohon perlu memenuhi syarat dan kriteria kelayakan bagi membolehkan permohonan yang dihantar mendapat kelulusan pihak JKM, seterusnya membolehkan bantuan disalurkan kepada yang benar – benar layak sahaja.

Pemohon boleh menghantar borang permohonan bantuan berdasarkan bantuan yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada penilaian dan siasatan yang dibuat oleh pihak jawatankuasa siasatan. Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menyediakan beberapa skim bantuan tambahan buat para penerima bantuan sedia ada dan salah satunya adalah Geran Pelancaran.

 

Tujuan Geran Pelancaran

Geran Pelancaran ini diberikan kepada kumpulan sasar atau penerima bantuan sedia ada bagi membolehkan golongan ini mempertingkatkan taraf ekonomi yang lebih baik dan produktif melalui perniagaan secara kecil – kecilan. Selain itu, Geran Pelancaran ini membolehkan para penerima lebih berdikari dalam meneruskan kehidupan harian mereka serta dapat membangun jati diri masing – masing ke arah yang lebih positif.

 

Kadar Bantuan

Bagi membantu golongan ini, Geran Pelancaran akan diberikan dengan kadar maksimum sebanyak RM 2700 yang dibayar secara sekali gus.

 

Syarat dan Kriteria Kelayakan

  1. Merupakan warganegara Malaysia dan tinggal di dalam negara
  2. Merupakan penerima bantuan JKM sedia ada (kumpulan sasar JKM) atau anak penerima bantuan / individu OKU / bekas pelatih dari institusi kebajikan sosial / penerima bantuan dari lain – lain agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  3. Pendapatan bulanan mestilah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) / Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan seperti kes seliaan akhlak adalah layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

 

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui cawangan pejabat JKM di seluruh negara menggunakan borang JKM/PK/PSK1/2013

Dokumen Yang Diperlukan ;

  • Salinan myKad pemohon
  • Salinan MyKad / Sijil kelahiran setiap anak atau tanggungan
  • Sebut harga dari pihak pembekal
  • Penyata gaji / pengesahan pendapatan dari majikan
  • Salinan bil elektrik / air
  • Laporan kesihatan dari Pegawai Perubatan
  • Surat kematian / surat dari pejabat agama jika berkaitan
  • Lain-lain dokumen jika berkaitan

Kaedah Bantuan ;

  • Bantuan akan diberikan secara sekaligus dengan kadar maksimum RM 2700 kepada kumpulan sasar yang berpotensi serta berminat dalam dunia perniagaan bagi memajukan diri dan keluarga dalam pembangunan sosioekonomi 
  • Jumlah bantuan yang diberikan adalah bergantung kepada projek yang bakal dilaksanakan oleh pemohon  

Kesimpulan


Pihak JKM sentiasa bertungkus lumus membantu masyarakat yang dalam kesusahan dan sentiasa cuba untuk meningkat taraf hidup serta ekonomi penduduk Malaysia. Skim bantuan Geran Pelancaran yang diperkenalkan membolehkan individu dalam masyarakat keluar dari kepompong kemiskinan seterusnya dapat meningkatkan taraf sosioekonomi masing – masing. Para penerima geran bantuan juga akan dapat hidup dengan lebih produktif, positif dan terus maju ke hadapan. 

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan Geran Pelancaran ini boleh diperolehi melalui cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah atau boleh menghubungi ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarat di alamat berikut :

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Nombor Telefon : 03-8000 8000

Nombor Faks : 03-8323 2045