Cara membuat Semakan BKP
- Layari laman rasmi BKP , bkp.hasil.gov.my
- Masukkan no Kad pengenalan
- Selesaikan Captcha
- Kelulusan akan dipamerkan
Cara mengambil tunai BKP
Penunaian terus boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional yang berdekatan. Penerima perlulah hadir sendiri dan membawa kad pengenalan untuk mendapatkan tunai BKP
Jumlah Bantuan BKP ?
RM500 one off , sekali sahaja
Tarikh Bayaran BKP
BKP akan dibayar bermula 26 Oktober 2021 secara rasmi.Lebih RM400 juta akan diagihkan kepada hampir 900 individu yang layak menerima bantuan tersebut
Syarat & Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Kehilangan pekerjaan 2021
- Berdasarkan maklumat pencaruman Perkeso dan KWSP
- Mempunyai caruman sekurang kurangnya 6 bulan untuk KWSP & Perkeso pada tahun 2020
- Tiada caruman KWSP & Perkeso untuk 3 bulan berturut turut sehingga 30 Jun 2021
Semakan BKP
Semakan BKP boleh dibuat di laman rasmi BKP bkp.hasil.gov.my
Permohonan BKP
Orang ramai tidak perlu memohon untuk BKP kerana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan maklumat caruman Perkeso dan KWSP. Agensi kerajaan akan menyemak kelulusan berdasarkan caruman pembayaran KWSP & Perkeso
Pemulih
Semenjak pandemik Covid-19 ini melanda, ternyata ia memberi banyak impak kepada rakyat Malaysia sehinggakan ramai yang telah kehilangan pekerjaan seterusnya hilang punca pendapatan. Hal ini sangat merunsingkan ramai pihak sehinggakan ada yang terpaksa meminjam dari rakan dan keluarga untuk membeli keperluan harian serta terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk membeli makanan. Malah, ada juga yang dibebani dengan tunggakan sewa rumah sehingga diusir keluar dan tiada tempat untuk berteduh. Jika perkara ini tidak dibendung, maka gejala sosial mungkin akan terus meningkat dan memberi kesan buruk kepada komuniti seterusnya negara kita.
Justeru, menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan dengan bantuan sebanyak RM 500 akan disalurkan kepada golongan individu yang kehilangan pekerjaan. Data individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2021 akan diperolehi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk semakan sebelum bantuan diberikan.
Sebanyak RM 500 juta diperuntukkan bagi menyalurkan bantuan ini dan dianggarkan seramai 1 juta ahli bakal menerima bantuan tersebut. Bantuan ini akan mula disalurkan pada bulan Oktober 2021 nanti setelah data lengkap diperolehi.
Biarpun terpaksa berdepan dengan pandemik Covid-19, namun kehidupan tetap perlu diteruskan. Justeru, pihak kerajaan sentiasa cuba membantu rakyat dari segi kewangan dengan menyalurkan bantuan yang sepatutnya. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat memberi sedikit kelegaan sementara golongan ini mendapat pekerjaan baru atau sumber pendapatan lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.