Apa itu Bantuan Baitulmal ?
Baitulmal merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab untuk mentadbir cukai dan menyelenggara segala harta umum dan berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang seperti emas dan perak. Baitulmal memperolehi sumber daripada harta masyarakat yang berbentuk zakat fitrah, zakat harta, sedekah dan juga wakaf. Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu individu yang kurang berkemampuan. Dengan agihan zakat yang terbahagi kepada pelbagai jenis skim bantuan zakat. Antara skim bantuan zakat yag disalurkan oleh baitulmal adalah :
- Bantuan kewangan bulanan
- Bantuan am persekolahan
- Bantuan perniagaan
- Bantuan deposit sewa beli teksi
- Bantuan membina/membaiki rumah & deposit membeli rumah kos rendah
- Bantuan tambang dalam / luar negeri
- Bantuan segera
- Bantuan al riqab
- Bantuan am pelajaran IPT
- Bantuan pelajar institute professional baitulmal
- Bantuan kepada institusi pendidikan & agensi-agensi kebajikan
- Bantuan ramadhan
- Bantuan perubatan
- Bantuan perkahwinan
- Bantuan depositsea rumah dan sewa rumah bulanan
- Bantuan menyelesaikan hutang
- Bantuan musibah
- Biasiswa baitulmal
- Bantuan peralatan dan kecemasan persekolahan
- Bantuan tuisyen
- Bantuan galakan hafaz al-quran
- Bantuan pertanian
- Bantuan deposit van/bas sekolah
- Bantuan deposit membeli motorsikal roda tiga untuk OKU
- Bantuan pelajaran kolej PUSRAWI
- Bantuan guaman syarie
- Bantuan persediaan IPT
- Bantuan takaful asnaf
Melaui bantuan –bantuan ini mampu meringankan bebanan kepada golongan yang amat memerlukan. Pengagihan zakat dalam pelbagai bentuk ternyata membantu kehidupan mereka yang tergolong dalam kelompok fakir, miskin, amil, muallaf,orang yang berhutang, ibnu sabil, fisabilillah, dan juga ar riqab. Golongan dalam kelompok ini terdiri daripada orang iskin, pemandu teksi, mereka yang ditimpa penyakit, pelajar-pelajar sekolah dan pengajian tinggi dan banyak lagi.
Syarat bagi mendapatkan bantuan baitulmal juga ini berbeza-beza mengikut kepada bantuan yang dipohon. Ianya bergantung kepada jenis skim bantuan yang diberikan. Contohnya, jika anda merupakan seorang pemandu teksi, anda layak memohon bantuan baitulmal dengan jenis skim bantuan deposit sewa beli teksi. Oleh yang demikian, syarat untuk setiap pemohon juga berlainan dan mengikut kelayakan anda. Anda boleh memohon bantuan baitulmal ini berdasarkan kepada negeri tempat tinggal masing-masing. syarat umumnya anda hendaklah seorang beragama islam dan merupakan warganegara Malaysia serta ianya juga bergantung kepada pendapatan isi rumah juga pengiraan keperluan asasi anda.
Bagi membuat permohonan bantuan baitulmal ini adalah mudah sahaja. Anda boleh pergi sendiri ke pejabat urusan baitulmal di kawasan tempat tinggal anda ataupun anda boleh melayari laman web baitulmal negeri anda bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci dan lebih lanjut serta memuat naik borang-borang permohonan yang disediakn oleh pihak baitulmal. Jika anda tinggal di wilayah persekutuan, anda boleh melari laman web di atas bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Untuk pengetahuan anda, bantuan baitulmal ini boleh di mohon lebih daripada satu dan ianya telah dikenal pasti terlebih dahulu oleh pihak baitulmal berkenaan kelayakan anda. Jumlah bantuan zakat yang diberikan daripada baitulmal juga adalah berbeza jepada setiap permohonan. Ini kerana, ia bergantung kepadataraf kehidupan dan mengikut kepada jenis bantuan yang telah dikategorikan.
Usah bimbang dan risau. Bantuan baitulmal yang disalurkan kepada anda, ternyata tidak perlu dibayar kembali. Ia bukanlah betbentuk pinjaman malah ia adalah bantuan yang disalurkan melalui agihan zakat yang dibayar oleh golongan yang berkemampuan.