Semakan Status Kelulusan Permohonan BR1M 2018

Setiap pemohon sudah pasti ingin mengetahui status permohonan BR1M samada berjaya ataupun tidak. Malah, pemohon yang membuat rayuan juga ingin mengetahui status rayuan tersebut. Perubahan teknologi yang semakin berkembangan pesat ini membolehkan pemohon menyemak status BR1M secara online. Walaubagaimanapun, semakan cara konvensional masih tetap diteruskan bagi memudahkan semua pihak menyemak permohonan BR1M mereka. Beberapa cara yang boleh digunakan bagi menyemak status kelulusan permohonan BR1M adalah seperti berikut :

1) Semak Status Melalui MyBR1M Online

  • Pemohon perlu melayari laman web e-BR1M. Klik Menu MyBR1M dan pilih butang Semakan Status untuk mengetahui status permohonan. Sekiranya pemohon ingin membuat sebarang tindakan lain, perlulah menekan butang yang berkaitan Kemaskini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel atau Maklum Balas berkaitan BR1M.

2) Semakan Melalui Pos

  • Keputusan permohonan BR1M 2018 juga akan dimaklumkan secara bertulis dan diposkan kepada alamat pemohon yang berdaftar di dalam borang permohonan.

3) Semakan Melalui Emel

  • Pemohon perlu menghantar emel kepada alamat [email protected] untuk mengetahui status kelulusan permohonan atau sebarang pertanyaan yang berkaitan. Pemohon perlu menyatakan nama penuh dan juga nombor kad pengenalan di dalam emel tersebut bagi memudahkan pihak berkaitan memberikan maklumat yang tepat kepada pemohon.

4) Semakan Melalui Telefon

  • Pemohon BR1M boleh menghubungi nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia bagi mengetahui status terkini permohonan di talian 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
  • Selain menghubungi talian hotline Kementerian Kewangan Malaysia, anda juga boleh menghubungi talian bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri di talian 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja sahaja.

5) Semakan Melalui Aplikasi Mudah Alih

  • Pihak LHDN juga telah mengambil langkah inisiatif bagi memudahkan pemohon BR1M menyemak status permohonan BR1M dengan memperkenalkan aplikasi mudah alih “Semakan BR1M”.
  • Semakan boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih dengan hanya memuat turun aplikasi “Semakan BR1M”di Play Store atau App Store.
  • Aplikasi ini turut membolehkan pemohon membuat semakan penghantaran borang, status permohonan, status bayaran dan juga status rayuan BR1M.
  • Pemohon tidak perlu lagi ke kaunter perkhidmatan BR1M bagi melakukan semakan dengan adanya aplikasi ini malah ia turut menjimatkan masa.
  • Cara menggunakan aplikasi mudah alih ini adalah seperti berikut :
    • Pilih Play Store atau App Store dan muat turun aplikasi “Semakan BR1M”
    • Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut
    • Sila pilih tab Semakan sekiranya ingin membuat semakan
    • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik Semakan Status
    • Sila jawab 2 soalan keselematan dengan tepat dan betul. Semakan tidak dapat dibuat sekiranya anda gagal menjawab soalan keselamatan tersebut setelah 3 kali percubaan. Anda perlu menghubungi LHDN terdekat untuk bantuan lanjut.
    • Sekiranya ingin menukar soalan, sila pilih Tukar Soalan dan paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon berjaya menjawab dua soalan yang tepat.
    • Pemohon boleh memilih butang Hubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Bagi pemohon yang mempunyai sebarang masalah berkaitan BR1M, anda boleh merujuk perkara tersebut dengan pihak berkaitan melalui cara berikut :

1) Berkunjung ke cawangan LHDN yang berdekatan. Sila bawa dokumen seperti sesalinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan juga tanggungan jika berkaitan.

2) Hubungi talian hotline BR1M LHDN di nombor 1-800-88-2716 pada hari bekerja bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

3) Hubungi talian hotline BR1M Kementerian Kewangan Malaysia di nombor 03-8882 4565 / 03-8882 4566.

4) Menghantar emel kepada alamat [email protected] dan nyatakan permasalahan yang dihadapi.

5) Layari laman web rasmi BR1M iaitu https://ebr1m.hasil.gov.my atau laman Facebook Rasmi LHDN dan nyatakan masalah yang berkaitan. Setiap pertanyaan akan dijawab oleh pihak admin yang bertauliah.