Bantuan khas 2 Bulan Gaji untuk pejawat awam

belanjawan-selangor-2017-1170x550

Shah Alam , 31 Oktober :Pada perbentangan Belanjawan Selangor untuk 2017 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor (DNS) Shah Alam, Menteri Besar Selangor Dato Seri Mohamed Azmin Ali telah mengumunkan bantuan kewangan khas sebanyak dua bulan gaji untuk pejawat awam. Pejawat awam di negeri Selangor akan mendapat bantuan khas ini sebagai tanda penghargaan terhadap kerja keras mereka. Beliau yakin bahawa dengan sumbangan tersebut, pejawat akan bekerja lebih keras lagi untuk pembagunan Negeri Selangor.

Sejumlah RM 57.12 juta akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk bantuan ini. Pejawat awam di negeri Selangor telah mendapat bantuan khas sejumlah 1 bulan setengah pada bulan Julai yang lagu.

Selain dari itu, penduduk Negeri Selangor juga mendapat pelbagai manfaat dari Belanjawan Selangor 2017. Kerajaan Selangor telah mengumumkan Skim Rawatan Kesihatan percuma untuk golongan B40. Dalam program Skim Peduli Sihat ini, sejumlah RM 125 juta akan diperuntukan kepada 250ribu keluarga Selangor yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah. Peruntukan air percuma yang bermula sejak 2008 akan dikekalkan di Selangor dimana jumlah perbelanjaan telah meningkat kepada RM 183 juta. Sejumlah RM 324 juta akan digunakan untuk meningkatan bekalan air di Negeri Selangor. Paip lama dan paip pecah akan digantikan dalam masa 3 tahun. Paip di kawasan meliputi 422 kilometer akan ditingkatkan dalam program ini.

Kerajaan Negeri juga akan membelanjakan sebanyak RM7.75 juta untuk membangunkan sektor perlancongan di Negeri Selangor. Pusat Maklumat Pelancongan Selangor akan dibina untuk tujuan ini. Secktor perlancongan telah berkembang dengan pesat melalui inisiatif seperti Toursim Selangor yang dilancarkan sebelum ini. Beberapa produk seperti Sky Mirro akan dilancarkan semula.

Antara pembelanjaan lain adalah , sebanyak RM15 juta juga akan digunakan dalam pemiliharaan Sungai Klang di Selangor, RM10 juta akan digunakan untuk pembangunan Research&Development untuk Bio teknologi di Pulau Indah, RM5 juta untuk menaganni Zida dan Demam Denggi, SKIM Smart Sewa yang mendapat peruntukan 100 juta, Program Hijrah dan lain lain lagi. Rizab Selangor juga mecatatkan pertumbuhan ketara dimana ia melonjak kepada lebih 3 billion