Kemenangan Pakatan Harapan semasa Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu memberi impak yang besar kepada masyarakat Malaysia. Biarpun mempunyai manifesto yang tersendiri, namun Kerajaan Baharu yang telah ditubuhkan oleh Pakatan Harapan tetap menjaga kebajikan rakyatnya. Jika suatu tika dahulu, rakyat menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kini dengan tampok pemerintahan yang baharu, kerajaan sekarang tetap meneruskan bantuan tetapi digantikan dengan Bantuan Sara Hidup (BSHR). Pengumuman ini telah dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain menjaga kesejahteraan rakyat, bantuan ini juga dilihat dapat membantu kehidupan rakyat kearah yang lebih baik. Dianggarkan sebanyak RM 1.6 bilion diperuntukkan bagi memberi bantuan kepada hampir 4.1 juta penerima BSHR ini. Bantuan ini akan dibayar pada 6 Jun 2018 yang merupakan peringkat kedua bayaran bantuan. Penerima BR1M boleh membuat semakan samada layak atau tidak menerima BSHR di laman web berikut, http://ebr1m.hasil.gov.my. Jika tidak layak, pemohon boleh membuat rayuan di laman web tersebut.
Pihak kerajaan juga akan menyemak semula kelayakan penerima bantuan agar hanya penerima yang benar – benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut. Ini kerana semasa BR1M diperkenalkan, terdapat penerima yang tidak layak turut menerima bantuan tersebut.
Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima bantuan. Sekiranya penerima tidak mempunyai nombor akaun, mereka akan menerima surat kelulusan dan baucar yang akan diposkan kepada alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana – mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran. Bagi penerima bantuan secara pos atau baucar, berkemungkinan penerima akan menerima baucar agak lewat berbanding dikreditkan secara terus ke akaun masing – masing.
CARA SEMAKAN ONLINE MyBSHR
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan
- Klik Log Masuk
- Sekiranya data anda telah wujud, soalan keselamatan akan dipaparkan
- 2 Soalan keselamatan mesti dijawab dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke laman web MyBSHR
- Pemohon hanya dibenarkan menjawab sebanyak 3 kali percubaan sahaja. Jika masih gagal, pemohon perlu menghubungi talian hotline untuk mendapatkan bantuan
- Setelah berjaya mengakses laman web MyBSHR, klik pada Semakan Status
- Klik butang Cetak bagi mencetak status semakan
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP (BSHR)
- Kategori Bujang – Pendapatan RM 2,000 dan ke Bawah
- RM 450 – Dibayar sekaligus pada 26 Februari 2018
- Kategori Isi Rumah – Pendapatan RM 3,001 hingga RM 4,000
- RM 300 – Fasa 1 dibayar pada 26 Februari 2018
- RM 300 – Fasa 2 dibayar pada 6 Jun 2018
- RM 300 – Fasa 3 dibayar pada bulan Ogos 2018
- Kategori Isi Rumah – Pendapatan RM 3,000 ke Bawah
- RM 400 – Fasa 1 dibayar pada 26 Februari 2018
- RM 400 – Fasa 2 dibayar pada 6 Jun 2018
- RM 400 – Fasa 3 dibayar pada Ogos 2018
Walaubagaimanapun, tarikh pembayaran bantuan ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia MyBSHR seperti berikut :
- Sekretariat MyBSHR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya
- Talian Hotline Bantuan Sara Hidup LHDNM
1-800-88-2716
Waktu operasi adalah dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang
- Talian Hotline MOF
03-8882 4565, 03-8882 4566
- Faksmili MOF
03-8882 3933
Pemberian bantuan ini diharap dapat meringankan beban rakyat terutama yang
beragama Islam bagi membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal tidak
lama lagi.