Rumah Mampu Milik Johor

2016-02-21 05.14.48

 

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana agak sukar untuk mencari rumah yang mampu untuk dimiliki dirinya. Sejak kebelakangan ini, Program Rumah Mampu Milik telah berjaya membantu ramai orang di Malaysia untuk mendapatkan sebuah rumah sendiri khususnya di Wilayah Persekutuan dengan Rumah RUMAWIP, Selangor dengan Rumah Selangorku dan termasuklah Syarikat Perumahan Negara Berhad dengan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia.

Harga rumah yang telah meningkat naik seiring dengan ekonomi dunia yang tidak stabil ketika ini menyebabkan pembinaan rumah mampu milik seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka membeli rumah yang sesuai. Di samping itu, pujian daripada Tun Mahathir terhadap pelbagai rumah mampu milik yang telah dibina di Johor menjadikan ia harus dipertimbangkan oleh mereka yang ingin membeli rumah ketika ini.

Permohonan Rumah Mampu Milik

Permohonan rumah mampu milik di Negeri Johor boleh dilakukan oleh rakyat Johor yang layak dengan membuat permohonan dan pendaftaran secara atas talian di laman sesawang

Jenis Rumah Dan Syarat Kelayakan Gaji

Jenis rumah yang diperkenalkan oleh Program Rumah Mampu Milik Negeri Johor adalah mengikut syarat kelayakan gaji pemohon. Antaranya;

  1. Rumah Komuniti Jenis A

Harga Rumah : RM42,000 dan Had Maksimum Pendapatan : RM3,000

  1. Rumah Komuniti Jenis B

Harga Rumah : RM80,000 dan Had Maksimum Pendapatan : RM5,000

  1. Rumah Komuniti Jenis C

Harga Rumah : RM150,000 hingga RM220,000 dan Had Maksimum Pendapatan : RM8,000

(Perhatian: Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor hanya boleh dilakukan secara atas talian dan segala borang bercetak akan ditolak)

Syarat-Syarat Kelayakan Pemohon

Syarat-syarat yang dikenakan kepada pemohon termasuklah;

  1. Individu dengan kewarganegaraan Malaysia dan telah menetap tidak kurang daripada 5 tahun di Negeri Johor.
  2. Individu mestilah berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan kasar isi rumah bulanan sebanyak RM8,000 sebulan.
  3. Individu adalah bujang atau telah berkahwin.
  4. Permohonan bagi pasangan suami isteri hanyalah satu manakala permohonan bagi isteri kedua dan seterusnya boleh menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
  5. Individu atau pasangan yang telah memiliki sama ada PKJ A, PKJ B, RKR, atau RKSR masih boleh memohon program ini.
  6. Permohonan individu atau pasangan yang mempunyai rumah sendiri akan ditolak.
  7. Segala dokumen sokongan perlu mendapatkan surat akaun sumpah dan di hantar sendiri ke kaunter Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas membuat pendaftaran dan penghantaran melalui pos akan ditolak. Permohonan yang telah melepasi tempoh 14 hari akan dianggap luput atau batal.
  8. Pemohon perlu menyediakan salinan atau kad pengenalan asal atau kedua-duanya semasa membuat pembayaran.

Cara Melakukan Permohonan dan Pendaftaran

1. Langkah Pertama

Pemohon (individu atau pasangan) perlulah mendaftarkan akaun baru di laman sesawang sekiranya masih belum mempunyai akaun.

2.Langkah Kedua

Log masuk ke akaun Setiausaha Kerajaan Johor untu mengemas kini akaun dan maklumat dengan betul dan tepat.

3.Langkah Ketiga

Selepas itu, pemohon boleh memilih kawasan dan kategori rumah yang diinginkan sebelum menghantar permohonan.

4.Langkah Keempat

Pemohon yang telah mendapat kelayakan akan diberitahu dengan menyediakan dokumen bagi tujuan perundingan rumah mengikut pembangunan kategori rumah yang telah dipilih.

Maklumat Lanjut

Segala maklumat lanjut boleh didapati pemohon dengan menghubungi;