Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2025, RM800

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diteruskan untuk tahun 2025

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan bantuan yang ditujukan kepada pesawah ,pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA. Mereka yang mendapat bantuan BMT sebelum ini dinasikatkan untuk membuat kemaskini sekiranya terdapat apa-apa perubahan maklumat.

Jumlah Bantuan

RM800 ( RM200 x 4)

Dibawah BMT , RM 800 akan dibayar kepada mereka yang layak. Bayaran dibuat 4 kali sebanyak RM 200 sekali

Bayaran BMT

RM 200 akan dibayar setiap bulan sehingga bulan Febuari 2026.

  • November 2025
  • Disember 2025
  • Januari 2026
  • Februari 2026

Permohonan

Permohonan untuk BMT telah dibuka pada bulan Jun 2024. Pekebun kecil dan penoreh getah yang layak boleh memohon di mana mana pejabat RISDA ataupun atas talian

https://pekebunkecil.risda.gov.my

Syarat dan Kelayakan

Bantuan BMT hanyalah terbuka kepada warganegara Malaysia and petani yang berdaftar dengan RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil ataupun Penoreh Getah yang berdaftar dengan RISDA
  • Memiliki tanah dari 0.1 hingga 4 hektar ataupun 10 ekar
  • Hanya seorang pemilik boleh memohon jika kebun mempunyai banyak pemilik
  • Pemilik tanah beserta dengan geran yang sah
  • Setiap lot pemilik tanah hanya boleh menerima satu permohonan bantuan sahaja
  • Geran tanah perlulah mempunyai status Getah dengan surat dari Risda

Penoreh Getah berdaftar dengan RISDA

  • Mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G) atau slip pengaktifan yang sah

Pekebun kecil perlulah memiliki tanah tersebut and mengusahakan lot tanah yang berkenaan. Keluasan tanah juga perlulah berukur dari 0.1 hektar sehingga 2.5hektar.

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan Mykad pemohon
  • Salinan Geran asal tanah
  • Salinan Buku akaun bank yang aktif

Permohonan BMT

Permohonan boleh dibuat secara atas talian. Tarikh tutup permohonan adalah 30 Disember 2025.

https://pekebunkecil.risda.gov.my/manage/register/

Kemaskini BMT

Bagi mereka yang sudah layak boleh membuat kemaskini secara online. Kemaskini juga boleh dibuat di mana-mana pejabat RISDA yang terdekat

https://pekebunkecil.risda.gov.my/user/login