#WanitaKerja Women@work

#WanitaKerja ataunpun Women@Work adalah inisiatif kerajaan untuk mengwujudkan lebih banyak perluang perkerjaan pada perbentangan Bajet 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Skim ini disasarkan untuk Wanita yang berumur dari 30 hingga ke 50 yang telah berhenti kerja setahun lebih. Ini adalah satu berita baik untuk Surirumah untuk kembali untuk bekerja. Skim ini amat bermanfaat kepada wanita yang telah mengorbankan kerjaya mereka untuk membina keluarga masing masing.

Untuk Skim #WanitaKerja, wanita yang kembali bekerja akan mendapat bantuan insentif sejumlah RM 500 sebulan dan majikan yang mengambil wanita tersebut untuk bekerja juga akan mendapat RM 300 sebulan untuk tempoh dua tahun. Wanita itu juga akan mendapat pengecualian cukai pendapatan untuk empat tahun sehingga 2023.

Kelayakan

  • Perempuan Sahaja
  • Berumur 30 ke 50 tahun
  • Berhenti kerja setahun atau lebih
  • Insentif gaji tambahan RM 500 sebulan untuk wanita yang kembali bekerja selama dua tahun
  • RM 300 sebulan untuk majikan selama dua tahun
  • Pegecualian cukai selama empat tahun , maksima 2023

Skim ini diangarkan akan mengwujudkan 33,000 pekerjaan untuk wanita di Malaysia. Skim #Wanitakerja adalah sebahagian dari #MalaysiaKerja yang dijangka akan memberi faedah kepada 350,000 perkerja di Malaysia.

Banyak wanita yang memilih untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah untuk menjaga anak mereka. Mengikut data Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga, Masyarakat , 32.4% wanita berhenti kerja untuk menjaga keluarga mereka kerana tidak mahu kerjaya yang stress dan gaji yang tinggi. Suri rumah tangga adalah satu cabaran yang tinggi kerana jam perkerjaan adalah jauh lebih lama dari jam perkerjaan pejabat. Anak memerlukan perhantian hampir 24/7 jam sehari dan ibu tiada percutian. Tugas rumah adalah penat dah tidak pernah habis. Keutaman wanita akan diberi kepada anak mereka setelah menjadi ibu. Kehidupan sosial seorang suri rumah juga berkurang kerana terpaksa memberi tumpuan kepada anak nanak.  Adalah amat sukar bagi wanita untuk mendapat pekerjaan setelah lama berhenti bekerja. Oleh itu banyak ibu hanya boleh bekerja secara sambilan dari rumah sementara menjaga anak anak mereka. Diharap usaha ini akan membantu kaum surirumah untuk mendapat perluang pekerjaan.

Terdapat lagi banyak insentif untuk wanita pada tahun 2020 seperti yang diperbentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.