
-Filepix
IPOH: Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyatakan bahawa kerajaan masih lagi mampu untuk membayar BR1M untuk tahun ini.
“Jangan risau, saya tidak nampak kepada kerajaan tidak mampu untuk membayar BR1M. Ini bermakna pendapatan kerajaan adalah tetap dan telah pun meningkat’. Kata Ahmad Husni ketika merasmikan program “General Operations Force North Brigade 1Malaysia Library” di Hulu Kinta. Menurutnya lagi, pemberian BR1M berkemungkinan besar akan ditambahkan lagi untuk semua kategori pada tahun hadapan.
Penambahan jumlah sumbangan BR1M telah di drafkan dan akan dikemukakan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada pembentangan bajet 2016 di bulan depan. Kerajaan telah mengkaji operasi BR1M dan mempunyai idea baru untuk membantu rakyat terutamanya dari yang berpendapatan rendah. Diantara fokus Bajet 2016 adalah untuk menagani masalah kos sara hidup yang semakin tinggi oleh rakyat. Lebih banyak golongan masyarakat akan menerima manfaat dari sumbangan BR1M. Tumpuan akan diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah.
Pendapatan negari dijanga tidak akan meningkat dengan ketara tetapi ia mencukupi untuk administratsi and perbelanjaan. Ahmad Husni juga berkata ekonomi negara masih lagi kukuh.
“Antara masalah yang dihadapi negara hanyalah kejatuhan matawang ringgit tetapi ini adalah masalah global yang dihadapi oleh banyak lagi negara-negara di dunia. Kerajaan sentiasa peka kepada situasi dan mengambil langkah yang proaktif untuk menangani masalah semasa.” katanya lagi