Skim Khairat Kematian BR1M

Permohonan-Skim-Khairat-Kematian-BR1M

Insurans Takaful berkelompok atau lebih dikenali sebagai i-BR1M yang telah diumumkan semasa pembentangan belanjawan di parlimen pada tahun 2014 merupakan satu insurans yang telah banyak membantu penduduk Malaysia dalam meringankan beban kewangan mereka. Pada hari ini, ia telah digantikan dengan Skim Khairat Kematian khusus bagi waris penerima BR1M bagi kategori Warga Emas dan Isi Rumah dengan jumlah wang bantuan sebanyak RM1,000. Skim ini hanya akan berkuat kuasa untuk tempoh setahun iaitu antara 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Atas hal yang demikian, penerima BR1M lama dan baru digalakkan untuk mengemaskini dan mengisi maklumat waris dengan lengkap bagi mengelakkan kerumitan berlaku kepada waris dalam membuat tuntutan sekiranya penerima BR1M ditimpa kecelakaan atau meninggal dunia dalam tempoh yang telah dinyatakan.

Prosedur dan Cara Membuat Tuntutan

Mereka yang telah dinamakan sebagai waris kepada penerima BR1M sahaja yang layak untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada awal bulan Februari 2016 hingga Disember 2016. Selanjutnya, mereka perlu memaklumkan tujuan mereka kepada pegawai bank yang telah diamanahkan dengan tugas sedemikian. Di samping itu, waris juga boleh membuat tuntutan baki BR1M yang seharusnya disalurkan kepada penerima BR1M yang telah tiada.

Dokumen

Antara dokumen yang perlu disediakan oleh waris semasa membuat tuntutan termasuklah (1) kad pengenalan asli yang dimiliki oleh waris, dan (2) sijil kematian.

Maklumat Lanjut

Segala maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Khairat Kematian BR1M 2016 boleh di dapati oleh waris dengan menghubungi Kementerian Kewangan di talian 03-8882 4565/4566 atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di talian 1800-88-2716. Selain itu, mereka juga boleh membuat hal yang demikian melalui e-mel dengan menggunakan alamat: [email protected]