Rayuan untuk mereka yang gagal mendapat BR1M 2016 telah dibuka pada Selasa, 15 Mac 2016. Terdapat mereka yang menerima bantuan BR1M sebelum ini tetapi gagal pada tahun ini. Permohonan untuk rayuan akan ditutup pada 15 April ini.
Rayuan untuk BR1M
Rayuan untuk BR1M boleh dibuat dengan mengunakan borang pemohonan di mana mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Khidmat Hasil (PKH)
Cara-cara membuat Rayuan BR1m 2016
Borang Rayuan juga boleh didapati di sini. Download Borang Rayuan BR1M. Permohon perlulah mengisikan maklumat yang tepat. Mereka yang gagal haruslah menyertakan dokumen sokongan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan permohon/pasangan dan tanggungan. Dokumen seperti surat cerai, sijil kematian juga boleh disertakan bagi mereka yang gagal mendapat bantuan bagi kategori ibu bapa tunggal.
Bagi yang sudah bercerai, hanya pasangan yang mempunyai tanggunan layak mendapat bantuan isi rumah dan pasangan yang lain berhak mendapat bantuan kategori individu.
Setakat ini, seramai 7.1 juta yang berjaya menerima bantuan BR1M untuk tahun 2016. Seramai 162,000 berjaya mendapat bantuan sebanyak RM 1,050 , 3.4 juta penerima berjaya mendapat bantuan RM 1,000, 380,000 berjaya mendapat bantuan sebanyat RM 800 manakala seramai 3.2 juta mendapat bantuan individu sebanyak RM 400
Kegagalan BR1M
Antara sebab utama kegagalan BR1M adalah kegagalan permohon mengemaskinikan maklumat mereka. Oleh itu, mereka yang gagal juga dinasihati untuk sering mengemaskinikan maklumat mereka. Mereka yang belum mengemaskinikan maklumat mereka seperti waris, alamat surat menyurat dan akuan bank juga boleh membuat sedemikian di pejabat-pejabat LHDN, PKH ataupun UTC yang terdekat.
Terdapat juga pemohon yang memohon sebagai kategori ibu atau bapa tunggal walaupun pasangan mereka masih hidup ataupun mereka masih belum bercerai lagi. Kementerian membuat proses pengesahan bagi memastikan seisi rumah tidak mendapat dua kali bantuan.
Sementara itu, pengagihan bantuan kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank telah bermula pada 4 Mac. Rayuan akan ditutup 15 April, oleh itu mereka diminta cepat untuk menghantar rayuan mereka.