RM100 e-Tunai

Maklumat terkini: Bantuan RM100 eTunai akan dilaksanakan suku keempat tahun ini.

Berita baik, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan e-Tunai RM100 one-off kepada semua rakyat dewasa di Malaysia ketika belia berucap dalam Majlis Perluncuran Ekonomi Madani. Usaha ini diambil dengan kejayaan jadar pengunaan e-wallet sebelum ini. Lebih 10 juta warga Malaysia yang layak, dijangka akan mendapat RM100 terus ke e-wallet mereka. Menurut beliau lagi,  sejumlah data 1 billion akan diagihkan untuk tujuan ini. Bantuan ini akan memberi manfaat terus kepada golongan B40 dan M40.

Seperti kebiasaan, bantuan ini akan diagihkan terus ke dalam e-wallet masing-masing yang layak. Bantuan ini dijangka akan diagihkan dalam masa yang terdekat. Maklumat lanjut mengenai bantuan ini akan diumumkan dari masa ke semasa

RM 100.00 one off

Syarat dan Kelayakan

  • Warga Negara Malaysia
  • 21 tahun ke atas
  • Diagihkan terus ke e-wallet
  • Berpendapatan RM100,000 tahunan ke bawah

 

Disamping itu, Perdana Menteri juga menyampaikan beberapa bantuan lain untuk memperkasakan rakyat, mengawal kos sara hidup dan mengawal keterjaminan makanan. Ekonomi Madani menetapkan tujuh sasaran yang perlu dicapai sebelum 10 tahun.