Permohonan BR1M 2017

br1m-bantuan-rakyat-1malaysia

Permohonan dan kemasini untuk BR1M 2017 telah dibuka pada 5 Disember dan akan ditutup pada 31 Disember 2016. Permohonan ini terbuka kepada semua kategori termasuk untuk eKasih, Keluarga dan Bujang

Permohonan untuk BR1M boleh dibuat secara online ataupun secara manual di cawangan LHDN yang terdekat. Permohon online perlulah mencetak permohonan mereka untuk disimpan. Permohon dan penerima BR1M dinasihati untuk memberi maklumat yang lengkap dalam proses permohonan. Maklumat seperti akaun penerima bank mestilah tepat. Penerima BR1M yang sediakala tidak perlu untuk memohon lagi tetapi perlulah memastikan maklumat mereka adalah masih betul. Dokumen sokongan serperti nombor kad pengenalan, nombor kad pengenalan pewaris, slip gaji dan lain-lain perlulah disertakan sama sekali. Borong permohonan dan kemaskini secara manual boleh didapati dari cawangan LHDN yang terdekat. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses

Tahun ini, bantuan BR1M telah ditingkatkan. Kategori eKasih akan mendapat bayaran sejumlah RM 1,200. Isi rumah berpendapatan RM 3,000 kebawah juga akan mendapat bantuan RM 1,200 manakala isi rumah yang berpedapatan dari RM 3,000 ke RM 4,000 akan mendapat bantuan sejumlah RM 900. Kategori bujang akan mendapat bantuan RM 450 dan RM 1,000 untuk warga emas

Permohonan online boleh dibuat di laman sesawang BR1M dan tidak boleh dibuat dari telefon pintar. Permohonan mestilah dibuat dari komputer. Status dan keputusan BR1M akan keluar awal bulan Febuari. Bayaran pertama BR1M akan keluar di pertengahan bulan Febuari 2017. Permohonan untuk BR1M akan di tutup pada 31 Disember 2016, oleh itu permohon perlulah memastikan mereka memohon seawal yang mungkin.