MySalam

Insurans Perubatan MySalam

Berita baik golongan M40 yang berpendapatan kurang RM 100,000 layak mendapat MYSalam

Feadah Mysalam

  • Perlindungan Perubatan
  • Had umur 65 tahun
  • Perlidungan untuk 45 penyakit termasuk polio dan 36 penyakit kritikal

Golongan B40 dan M40 Akan Menerima Bantuan Insurans Perubatan MySalam

 

Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohomad telah melancarkan inisiatif baru bagi membantu golongan belia 4B iaitu perlindungan perubatan yang diberikan dalam bentuk kewangan sekiranya mempunyai masalah kesihatan ataupun berlakunya kecemasan. Skim ini dikenali sebagai Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kementerian Kewangan Malaysia.

Skim mySalam ini diperuntukkan dana sebanyak RM 2 bilion bagi perlindungan perubatan kepada golongan sasar sekurang – kurangnya untuk tempoh lima tahun. Penerima yang layak  menerima bantuan mySalam ini boleh mula membuat tuntutan mulai 1 Mac 2019. Skim mySalam ini memberi perlindungan kesihatan percuma terhadap 36 jenis penyakit yang kritikal termasuk serangan jantung, kanser serta Alzheimer. Bagi penerima bantuan ini mereka anda mendapat bayaran sebanyak RM 8,000 yang dibayar secara sekali-gus (one-off) sekiranya telah dikenal pasti menghidap penyakit yang kritikal.

Seramai 3.69 juta individu berumur antara 18 hingga 55 tahun yang merupakan golonga 4B layak menerima skim bantuan perlindungan kesihatan mySalam. Golongan 4B merupakan golongan yang juga layak menerima Bantuan Sara Hidup yang diberikan kerajaan. Skim perlindungan mySalam ini menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan bertanggungjawab membantu individu atau isi rumah berpendapatan rendah dengan memberi perlindungan kesihatan dan perubatan yang diberi dalam bentuk kewangan jika berlakunya kecemasan serta menghadapi masalah kesihatan yang tidak terduga. Ia juga bagi memastikan golongan 4B ini menerima rawatan yang sewajarnya bagi penyakit yang dihidapi.

Bagi merelisasikan skim mySalam ini, pihak kerajaan telah membuat jalinan usaha sama dengan syarikat insurans swasta iaitu Great Eastern Life dengan caruman permulaan sebanyak RM 2 bilion. Dana sebanyak RM 2 bilion yang diberikan oleh kerajaan ini akan digunakan sebagai bayaran premium insurans perlindungan sosial kepada syarikat insurans di mana sebanyak RM 112 diperuntukan untuk setiap individu yang layak. Kadar premium yang dicarum ini juga ditetapkan pada kadar kos tanpa keuntungan untuk syarikat insurans.

Pesakit yang dimasukkan ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan juga akan diberi bayaran harian sebanyak RM 50 sehari sebagai pendapatan gantian. Bayaran ini akan diberikan sehingga tempoh maksimum 14 hari setiap tahun atau sebanyak RM 700 setahun. Bayaran harian ini dapat mengurangkan kos sara hidup pesakit terutamanya yang bekerja dengan pendapatan gaji harian dan pesakit tidak perlu risau dengan kehilangan punca pendapatan sekiranya dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan ini.

MySalam dilihat sebagai satu medium yang dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup golongan 4B serta dapat meningkat kesejahteraan rakyat. Kerajaan pada hari ini benar – benar menunjukkan komitmen mereka dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah.

 

Pendaftaran

Pendaftaran dan kelayakan adalah secara automatik berdasarkan pangkalan data bantuan Malaysia seperti bantuan BKM.