Bantuan wang dari BR1M boleh digunakan untuk membeli Proton Iriz untuk menjana pendapatan sampingan atau sepenuhnya dari aplikasi ehailing seperti Uber ataupun Grab. Berikut adalah kenyataan Setiausaha Perbendaharran Kementerian Kewangan Malaysia Tan Sri Irwan Serigar Abdullah. Pihak kerajaan masih di dalam proses rundingan dengan pihak terlibat seperti Uber, Bank Simpanan Nasional dan Proton. Cadangan ini akan dilaksanakan pada tahun ini. Beluan juga menyatakan bahawa pemandu Uber boleh mendapat RM 4,000 ke RM 7,000 sebulan apabila bekerja sambilan dengan Uber
Bantuan BR1M boleh digunakan untuk mengwujudkan usahawan kecil kecilan oleh gologan pendapatan rendah dan bukan rasuah seperti yang di nyatakan oleh pihak pihak yang tertentu. Perdana Menteri Najib Razak juga menyatakan bahawa pembelian Proton Iriz akan mendapat rebat atapuan diskaun RM 4,000 di perbentangan Bajet 2017 yang lalu. Perdana Menteri menegaskan bahawa tujuan bantuan BR1M bukan untuk menggalakan golongan B40 untuk bergantung hanya dengan bantuan Kerajaan.
BR1M juga amat bermakna kepada Gologan B40. Mereka mengharapkan bantuan pertama di bulan Febuari bagi membantu kos sara hidup mereka.
Bantuan BR1M boleh digunakan untuk mengwujudkan peluang keushawanan dan menolong golongan bependapatan rendah untuk lebih berdikari. BR1M berkemungkinan akan digunakan untuk membantu gologan B40 untuk mendapat kursus latihan ataupun untuk membeli keperluan asas di masa hadapan.
BR1M telah mendapat perhatian dimana terdapat pendapat yang menyatakan BR1M itu adalah rasuah. Rata-rata terdapat banyak pihak yang menyokong ataupun mengangap pemberian BR1M sebagai rasuah. Pengagihan semula sumber kekayaan seperti bantuan BR1M bukanlah satu program yang baru. Negara maju seperti Amerika Syarikat juga membantu rakyat berpendapatan rendah mereka dengan bantuan medikal berpatutan seperti ObamaCare.
Pemberian bantuan wang terus kepada gologan miskin juga telah lama dilaksanakan di Brazil dimana program seperti “Bolsa Familia” ataupun Bantuan Keluarga dimana keluarga yang layak akan mendapat bantuan bulanan. Bantuan seperti “Bolsa Familia” ternyata berkesan apabila Brazil berjaya menurunkan kadar kemiskinan mereka sebanyak 89% dalam sedekad.