Semasa pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) bagi membantu golongan belia yang baru bekerja dengan pendapatan tidak melebihi RM 5,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka. Dengan adanya skim ini, ia membolehkan golongan muda membeli rumah pertama dengan pembiayaan sehingga 100% daripada pihak bank serta institusi kewangan yang terlibat dengan Skim Rumah Pertamaku ini. Pembiayaan sehingga 100% ini membolehkan pemilikan rumah dibuat tanpa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%. Skim ini diperkenalkan bagi meningkatkan pemilikan kediaman sendiri di kalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan muda yang berpendapatan RM 5,000 sebulan ke bawah.
Cagamas SRP Berhad (CSRP) yang merupakan anak syarikat Cagamas Berhad merupakan syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan inisiatif kerajaan dalam Skim Rumah Pertamaku (SRP). Syarikat ini bertanggungjawab sebagai pemberi jaminan gadai janji di mana ia akan memberi jaminan kepada pihak bank terhadap pembiayaan yang melebihi 90%. Sekiranya pelanggan atau peminjam berjaya mendapat pembiayaan sehingga 100%, Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan sebanyak 10% daripada pembiayaan berkenaan. Sehingga kini, CSRP telah pun memberi jaminan kepada 9,860 individu dengan jumlah RM 2.1 bilion bagi memiliki rumah pertama mereka.
KRITERIA KELAYAKAN DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU
- Skim ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 35 tahun ke bawahÂ
- Merupakan pembeli rumah pertama sahaja
- Pemohon individu ataupun bersama
- Bagi hartanah yang bernilai sehingga RM 500,000, pendapatan kasar mestilah tidak melebihi RM5,000 sebulan bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar tidak melebihi RM10,000 bagi peminjam bersama (pendapatan kasar bulanan maksimum tidak melebihi RM5,000 bagi setiap peminjam)
- Bagi hartanah yang bernilai sehingga RM 300,000, pendapatan kasar mestilah tidak melebihi RM 5,000 sebulan bagi pemohon individua tau bersama
- Skim ini terhad kepada pekerja sektor swasta, individu yang bekerja sendiri dan badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman / pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
- Komitmen pembiayaan tidak melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan
- Tiada sebarang rekod pembiayaan yang terjejas bagi tempoh 12 bulan
CIRI-CIRI & FAEDAH UTAMA SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
- Pembelian rumah pertama adalah bergantung kepada kemampuan peminjam
- Pembiayaan adalah sehingga 100%
- Harta kediaman untuk dihuni sendiri sahaja di pasaran utama mahupun sekunder (harta kediaman yang sedang dalam pembinaan ataupun telah siap)
- Nilai minimum hartanah yang ingin dimiliki adalah serendah RM 100,000
- Nilai maksima hartanah yang ingin dimiliki adalah sehingga RM 500,000
KEPERLUAN PEMBIAYAAN
- Tempoh pembiayaan mestila tidak melebihi 35 tahun, walaubagaimanapun ia tertakluk kepada umur pemohon mestilah tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan
- Pembiayaan ini merupakan kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada sebarang ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran pembiayaan tersebut)
- Bayaran ansuran bulanan melalui potongan gaji atau arahan tetap
- Insurans / takaful kebakaran adalah diwajibkan
- Peminjam wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang telah disediakan oleh agensi AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di laman sesawang di atas
- Tempoh moratorium adalah selama 5 tahun
PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
- Pemohonan Skim Rumah Pertamaku ini boleh dibuat di mana-mana cawangan bank yang terlibat.
- Anda juga boleh melayari laman web Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di atas untuk maklumat lanjut
SENARAI BANK YANG MENAWARKAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Bank yang menawarkan pinjaman Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah seperti berikut :
- Affin Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- AmBank
- Ambank Islamic
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- CIMB Bank
- CIMB Islamic
- HongLeong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- maybank Islamic
- MBSB Bank
- OCBC Bank
- OCBC Al Amin
- Public Bank
- Public Islamic Bank
- RHB Bank
- Standard Chartered
- Standard Chartered Saddiq
- UOB Bank
Skim ini dilihat dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memiliki rumah pertama mereka. Dengan adanya skim ini, pemohon juga layak mendapat pinjaman sehingga 100% dan lebih memudahkan segala urusan pemilikan rumah pertama.