BSH 2018

Bantuan Sara Hidup Rakyat untuk rakyat Malaysia telah diputuskan oleh Kabinet dan skim bantuan kewangan ini akan diberikan kepada golongan yang selayaknya sahaja. Skim bantuan ini merupakan skim bantuan yang telah diperkenalkan oleh Tun Mahathir pada tahun 2018 bagi membantu golongan berpendapatan rendah serta yang memerlukan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan baharu dibawah pimpinan Pakatan Harapan turut komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia terus dipelihara dengan baik tanpa meningkatkan beban hutang Negara sedia ada.

Sejumlah 4.1 juta penerima bantuan seluruh Malaysia akan menikmati kemudahan bantuan kewangan tersebut yang akan dibayar pada peringkat kedua iaitu pada 6 Jun 2018. Jumlah bantuan yang akan diterima adalah sama seperti bantuan terdahulu yang diterima melalui BR1M. Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia ini pernah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri suatu tika dahulu atau lebih dikenali dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Justeru, sebagai menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik serta meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia, kerajaan pada masa ini turut memperkenal skim bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Rakyat. Syarat penerima bantuan ini akan turut diperketatkan lagi supaya pemohon yang benar – benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut dan tidak akan ada pemohon yang tercicir.

Peraturan serta syarat permohonan yang lebih ketat adalah kerana terdapat penerima yang tidak layak menerima bantuan turut mendapat bantuan tersebut. Ini adalah tidak adil buat pemohon lain yang lebih layak menerima bantuan tersebut. Golongan yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan adalah tidak layak menerima bantuan dan sekiranya pernah menerima bantuan, ianya akan dikaji semula supaya bantuan ini disalurkan kepada yang benar – benar layak sahaja.

Kerajaan dianggar mengeluarkan sebanyak RM 1.6 billion untuk diberikan kepada hampir 4.1 juta rakyat yang layak menerima BSHR. Justeru, bantuan ini diharap akan dapat memberi manfaat kepada penerima dan rakyat akan menggunakannya keatas tujuan yang lebih baik. Bantuan ini juga diharap dapat mengurangkan beban penerima dalam menyediakan keperluan dan persiapan menjelang Aidilfitri. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank, satu surat kelulusan akan dihantar melalui pos ke alamat penerima dan ia bleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan bagi memudahkan para penerima bantuan. Setiap pemohon perlu membuat semakan status dan rayuan di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ supaya tiada keciciran maklumat yang seterusnya akan menggagalkan permohonan bantuan tersebut.

Biarpun kerajaan terpaksa membelanjakan berbilion ringgit bagi menyalurkan bantuan ini, bagi pemohon yang layak sudah pasti akan terus dapat menerima bantuan ini tanpa sebarang masalah. Rakyat berpendapatan rendah adalah antara golongan yang seharusnya dibantu kerana keadaan ekonomi semasa yang agak tinggi serta membebankan pasti menyukarkan golongan ini meneruskan kehidupan bersama keluarga.