Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang

Yayasan Pahang merupakan sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri untuk menyalurkan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM). Skim Biasiswa Sekolah Menengah ini telah diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada pelajar Sekolah Menengah (Pahang) Tingkatan 1 serta Tingkatan 3. BSM ini dikhususkan kepada keluarga kelahiran Pahang yang mempunyai tanggungan anak yang ramai, keluarga miskin, anak yatim, ibu bapa yang uzur atau ibu tunggal serta peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Pada tahun 2003, pemberian BSM juga telah diperluaskan kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi permohonan BSM adalah seperti berikut :

  • Pemohon serta ibu atau bapa mestilah merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon serta ibu atau bapa merupakan anak kelahiran negeri Pahang
  • Sekiranya pemohon serta ibu atau bapa bukan kelahiran negeri Pahang, mereka mestilah telah bermastautin di negeri Pahang melebihi 10 tahun
  • Pemohon memiliki adik-beradik yang ramai, masih bersekolah serta berada di bawah tanggungan ibu bapa dan tidak menerima sebarang bantuan kewangan lain
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang merupakan anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ibu bapa atau penjaga yang telah uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) 
  • Pemohon merupakan murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum di sekolah
  • Pemohon merupakan murid Tingkatan 1 atau 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama / Sekolah Menengah Agama Rakyat / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja
  • Pemilihan turut bergantung kepada pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) 
  • Permohonan dari pemohon yang pernah digantung / dibuang sekolah boleh dipertimbangkan semula di Tingkatan 4 sekiranya pemohon berkelakuan baik

Cara Membuat Permohonan 

Cara membuat permohonan BSM adalah seperti berikut :

  1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan BSM yang boleh diperolehi dari sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan masing – masing
  2. Lengkapkan borang dengan maklumat yang tepat dan betul
  3. Hantar borang permohonan ke sekolah pemohon
  4. Pihak sekolah akan menguruskan borang permohonan yang diterima dan akan membuat permohonan secara atas talian di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/ 
  5. Borang permohonan tersebut tidak perlu dihantar kepada Yayasan Pahang

 

Tarikh Permohonan  

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Mac sehingga 30 April 2021

Kadar BSM Yayasan Pahang

  • Kadar BSM adalah sebanyak RM 500 setahun diberikan kepada pemohon yang layak bagi tahun sebelum 2003
  • Selepas tahun 2003, kadar BSM dinaikkan kepada RM 600 setahun

 

Maklumat Lanjut 

Sila layari laman web rasmi Yayasan Pahang di http://www.yp.org.my/ atau hubungi pejabat Yayasan Pahang di talian 09 – 5181800