Bayaran ketiga BR1M adakan didahulukan kepada 15 Jun semperna sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan berlangsung pada 6 Julai. Mengikut kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, langkah ini diambil bagi memberi pertolongan kewangan kepada rakyat bagi membeli keperluan asas dan untuk persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Langkah ini juga menunjukan bahawa Kerajaan sentiasa perihatin kepada keperluan rakyat dan bersedia membantu mereka. Bayaran BR1M akan disalurkan terus kepada akuan penerima BR1M. Mereka yang tidak mempunyai akaun bank akan meneriman surat kelulusan dan wang BR1M boleh diambil dari mana mana cawangan Bank Simpanan Nasional
BR1M 2016
Bayaran bagi BR1M 2016 akan dibahagikan kepada empat bayaran dimana bayaran yang lepas telah dibuat pada 28 Jan dan 28 April. Mereka yang mempunyai soalan atau mengalami masalah boleh menghubungi talian bantuan BR1M di sini.
Pada tahun 2016, sebanyai 7.1 juta permohonan telah diluluskan untuk menerima bantuan BR1M. Sebanyak 162,000 permohon kategori ekasih akan menerima bantuan sebanyak RM1,050 , 3.4 juta kategori isi rumuh akan menerima bantuan sebanyak RM1000 dan 380,000 kategori isi rumah akan menerima bantuan RM800. Manakala 3.2 juta kategori bujang akan menerima bantuan sebanyak RM400.
Manakala, sebanyak 80 peratus rayuan BR1M telah diluluskan oleh kerajaan manakala kira kira 300,000 rayuan telah diterima tahun ini. Antara faktor-faktor membuat rayuan adalah mereka yang menerima bantuan dalam kategori bujang walaupun telah berumah tangga. Ini terjadi apabila permohon gagal untuk mengemaskinikan status perkahwinan mereka semasa permohonan BR1M dibuka.
Permohonan rayuan akan memakan masa yang lebih lama kerana pengesahan permohonan ini dibuat secara manual dengan dokumen yang diberikan oleh permohon.
Skim Khairat Kematian (SKK)
Sementara itu, sebanyak 17,339 penerima BR1M telah mendapat bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) sebanyak RM17.34 juta. Bantuan RM1,000 SKK hanya diberikan kepada kategori isi rumah ataupun warga emas. Waris yang dinamakan dalam permohonan boleh menuntut wang SKK jika penerima BR1M meninggal dunia dalam tenpoh yang dinyatakan. Tuntuan boleh dibuat mana mana cawangan BSN. Waris harus membawa kad pengenalan mereka, kad pengenalan permohon dan sijil kematian permohon bagi menuntut wang dari SKK.