Permohonan STR 2025

Permohonan STR 2025

Setiap tahun, kerajaan Malaysia berusaha memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan rendah serta sederhana dalam menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu ini. Salah satu inisiatif yang diperkenalkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Pembayaran STR dibuat secara berfasa bermula dengan Fasa 1 dibayar mulai 22 Januari 2025, Fasa 2 mulai 24 Mac 2025 dan Fasa 3 mulai 12 Ogos 2025.

 

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi melaksanakan inisiatif ini dan dianggarkan seramai 8.6 juta rakyat Malaysia akan menikmati STR ini mulai 12 Ogos 2025 untuk fasa 3. Pembayaran STR ini dibuat melalui pengkreditan ke akaun bank penerima atau secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.

 

STR merupakan lanjutan dari program-program bantuan sebelum ini yang telah ditambah baik seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Seperti program bantuan sebelum ini, STR diberikan kepada beberapa kategori penerima yang menepati syarat kelayakan serta jumlah bantuan yang diberikan juga berbeza.

 

Syarat dan Kelayakan Mengikut Kategori

Rakyat Malaysia boleh membuat permohonan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 ini. Namun, setiap permohonan perlulah memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan iaitu seperti berikut:  

 

  1. Kategori Isi Rumah
    i. Berstatus telah berkahwin; atau
    ii. Ibu Tunggal/Bapa Tunggal/Janda/Balu/Duda yang mempunyai anak serta menepati syarat

iii. Tiada had umur

  1. Berpendapatan bulanan di bawah RM2,500 dan RM5,000 (isi rumah)
  2. Bagi yang berpendapatan isi rumah di bawah RM2,500, bantuan maksimum adalah 

     berdasarkan bilangan anak iaitu : 

  1. Bilangan anak 0 : RM1,000
  2. Bilangan anak 1-2 : RM1,500
  3. Bilangan anak 3-4: RM2,000
  4. Bilangan anak 5 atau lebih: RM2,500

 

  1. Bagi yang berpendapatan isi rumah diantara RM2,501 hingga RM5,000, bantuan 

     maksimum adalah berdasarkan bilangan anak iaitu : 

  1. Bilangan anak 0 : RM500
  2. Bilangan anak 1-2 : RM750
  3. Bilangan anak 3-4: RM1,000
  4. Bilangan anak 5 atau lebih: RM1,250

 

  1. Warga Emas/Bujang dan Tiada Pasangan/Tiada Anak
    i. Bujang/Ibu Tunggal/Bapa Tunggal/Janda/Balu/Duda yang tiada anak serta menepati syarat
    ii.  Berumur 21 hingga 59 tahun untuk yang bujang/warga emas tiada pasangan (pendapatan bawah RM2,500)

iii. Berumur 19 hingga 59 tahun untuk individu OKU (pendapatan bawah RM2,500)

  1. Berumur 60 tahun dan keatas bagi yang berpendapatan di bawah RM5,000
  2. Individu bujang bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa
  3. Bagi kategori ini, bantuan yang diberikan adalah RM600 

 

Bagi individu OKU berumur 19 tahun ke atas serta individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang sedang belajar di IPTA/IPTS secara sepenuh masa tidak dibenarkan membuat permohonan bagi kategori bujang. Kedua-dua individu ini perlu di kategorikan sebagai tanggungan atau maklumat anak bagi permohonan isi rumah.

 

Cara Membuat Permohonan  

Terdapat dua kaedah permohonan yang boleh dilakukan iaitu seperti berikut:

dikemukakan ke pejabat HASiL yang berdekatan

  • Permohonan baharu perlu dibuat sekiranya maklumat pemohon tiada dalam sistem STR  bagi proses verifikasi mengikut kategori STR yang dimuktamadkan
  • Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun 2025

 

Pemberian STR dapat meringankan bebanan yang dihadapi oleh rakyat yang saban hari terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi. Ia juga dapat membantu rakyat membeli pelbagai barangan keperluan asas harian. Golongan berpendapatan rendah ini juga akan memiliki kuasa membeli tanpa perlu berhutang. Malah, bantuan yang diterima boleh dijadikan wang simpanan untuk kegunaan ketika waktu kecemasan.

 

Maklumat Lanjut  

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan bolehlah menghubungi salah satu platform berikut:

  • Laman web STR di: http://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Talian hotline BKK: 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Talian hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Kunjungi cawangan pejabat LHDNM/UTC berhampiran