Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) turut memperkenalkan bantuan yang dikhususkan buat warga emas kelahiran Selangor dan juga pemastautin. Skim bantuan yang diperkenalkan adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang merupakan inisiatif Kerajaan Selangor dalam membasmi kemiskinan serta menambahbaik kehidupan warga emas di negeri itu. Malah, ia juga sebagai tanda terima kasih kepada warga emas negeri itu di atas sumbangan mereka terhadap pembangunan ekonomi serta masyarakat setempat.
YAWAS adalah agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan skim bantuan ini termasuk lah pengurusan data, pengesahan permohonan serta proses tuntutan. SMUE juga merupakan skim bantuan yang paling aktif di Malaysia dan boleh menjadi contoh untuk kerajaan negeri lain juga. Melalui SMUE ini, setiap tahun warga emas akan mendapat manfaat baucar membeli belah bernilai RM150 serta khairat kematian sebanyak RM500. Pemberian bantuan ini turut meringankan beban warga emas serta ahli keluarga lain yang tinggal bersama.
Baucar Beli-Belah RM150
Baucar bernilai RM150 boleh digunakan di pasar raya terpilih serta yang dilantik Kerajaan negeri Selangor sahaja.
Ciri-ciri baucar:
- Penerima diberikan baucar secara automatik setahun sekali
- Hanya boleh digunakan di lokasi tersenarai oleh YAWAS sahaja
- Mempunyai tarikh luput dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai
Khairat Kematian RM500
Kerajaan Selangor turut memberi bantuan khairat kematian sebanyak RM500 kepada penerima berdaftar bagi membantu meringankan kos pengurusan jenazah. Syarat tuntutan adalah seperti berikut:
- Tuntutan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh kematian
- Dokumen sokongan perlu disertakan bersama borang permohonan iaitu salinan kad
pengenalan si mati dan waris serta salinan sijil kematian
- Waris akan menerima tuntutan tersebut secara pembayaran terus ke akaun bank setelah permohonan diluluskan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh YAWAS adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mestilah berumur 60 tahun dan keatas
- Kelahiran dan pengundi Selangor, menetap serta bermastautin di Selangor
- Bagi yang bukan kelahiran Selangor, pemohon mestilah bermastautin serta mengundi di Selangor
Cara Memohon Bantuan Warga Emas Selangor
Kaedah permohonan adalah sangat mudah, namun bergantung kepada kemudahan dan pemohon atau waris. Cara membuat permohonan adalah seperti berikut:
Permohonan Secara Manual
- Hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN terdekat dan isi borang permohonan
- Untuk tujuan pengesahan, salinan kad pengenalan pemohon adalah diperlukan
- Selain itu, salinan bil utiliti sebagai bukti alamat serta dokumen sokongan lain yang berkaitan adalah turut diperlukan
- Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan untuk diproses oleh YAWAS
Permohonan Secara Dalam Talian
- Permohonan melalui portal rasmi SMUE iaitu di https://smue.yawas.my
- Klik butang “Permohonan Baru” dan lengkapkan maklumat termasuk butiran waris
- Dokumen perlu dimuat naik ke dalam sistem menggunakan format PDF atau JPG
- Klik butang Hantar permohonan, simpan nombor rujukan untuk semakan
Semakan Status Permohonan SMUE
Pemohon boleh membuat semakan melalui portal rasmi secara berkala:
- Layari portal rasmi di https://smue.yawas.my
- Klik butang “Semakan Permohonan”
- Masukkan nombor rujukan atau nombor kad pengenalan
- Skrin akan memaparkan status permohonan sama ada: Dalam Proses, Diluluskan, atau Ditolak
- Bagi permohonan yang ditolak, rayuan boleh dibuat dengan menghantar dokumen tambahan
- Rayuan juga boleh dibuat melalui Pusat Khidmat DUN
Kesimpulan
Kerajaan Selangor sentiasa prihatin terhadap masyarakat terutamanya warga emas yang sememangnya memerlukan pelbagai bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bantuan Warga Emas Selangor yang diperkenalkan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi meningkatkan kesejahteraan sosial rakyat Selangor. Skim bantuan ini harus diteruskan bagi memberi manfaat kepada warga emas yang layak.
