Pembayaran BR1M Fasa 3 bermula pada 16 OGOS ini

Pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Tahun 2017 akan diagihkan secara berperingkat sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2017. Sebelum ini, agihan BR1M  tahun 2017 telah selesai pada peringkat Fasa Pertama dan Fasa Kedua. Manakala bagi Fasa Ketiga atau terakhir, agihan bayaran BR1M akan dilakukan pada 16 Ogos 2017. Berikut adalah jadual jumlah dan tarikh wang dikreditkan ke akaun kepada penerima mengikut kategori.

 

Kategori Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
18 Feb 2017 5 Jun 2017 16 Ogos 2017
  1. Isi Rumah/

   e-Kasih

  • Jumlah BR1M RM1200
  • Pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah (termasuk warga emas)
RM 400 RM 400 RM 400
  1. Isi Rumah 2
  • Jumlah BR1M RM900
  • Pendapatan kasar bulanan RM3001 hingga RM4000
RM 300 RM 300 RM 300
  1. Individu Bujang
  • Jumlah BR1M RM450
  • Pendapatan kasar bulanan RM2000 ke bawah
RM 450

 

Jumlah agihan juga telah dinaikkan untuk semua kategori berbanding sebelum ini seperti dalam jadual di atas. Peningkatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri menunjukkan kerihatinan pihak Kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.  Penerima BR1M juga dinasihatkan supaya bantuan yang diterima tersebut dibelanakan dengan berhemah dan jimat cermat.

Bagi permohonan rayuan yang lulus, pembayaran akan dilakukan pada 29 Ogos ini. Pembayaran fasa ketiga ini juga bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut oleh penduduk beragama Islam pada 01 September ini. Kerajaan berharap pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membuat persiapan menyambut perayaan dengan membeli barangan keperluan.

Kaedah pembayaran terbahagi kepada dua iaitu secara kredit terus ke akaun pemohon atau secara baucar. Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon. Manakala baucar abyaran BR1M akan diserahkan kepada pemohon yang tiada akaun bank dan perlu ditunaikan di bank seperti di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank. Tarikh sah tunai Baucar adalah sehingga 30 November 2017.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, berikut merupakan nombor yang boleh dihubungi:

  • Talian hotline Kementerian kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03 – 8882 4566
  • Talian bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Emel kepada [email protected]