Kad Perak Prihatin

Rakyat negeri Perak sememangnya bertuah kerana kerajaan negeri telah mengumumkan skim bantuan khas buat warga Perak yang dikenali sebagai program Perak Prihatin. Inisiatif ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Perak bagi menjamin kesejahteraan golongan keluarga berpendapatan rendah serta miskin tegar. Bagi merealisasikan program ini, kerajaan negeri Perak telah memperuntukkan kos sebanyak RM 22 juta pada tahun 2019 dan dapat dimanfaatkan oleh 17,000 penerima. Skim bantuan yang diperkenalkan adalah dalam bentuk bantuan pembelian barangan asas dan juga rawatan perubatan tahunan. Ia tidak terbuka kepada semua rakyat negeri Perak untuk pendaftaran tetapi terhad kepada penerima bantuan JKM, bantuan Baitulmal dan kategori e-Kasih sahaja.

Biarpun ramai yang layak mendapat skim bantuan ini, namun kerajaan negeri hanya mampu membantu sehingga 17,000 orang penerima sahaja bagi tahun 2019. Ini berikutan kekangan peruntukkan kerajaan negeri dan kemampuan yang terhad. Skim ini merupakan skim bantuan jangka masa pendek yang ditumpukan kepada golongan sasar bagi meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari. Dalam jangka masa panjang, skim ini dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan sasar dan dapat hidup dalam suasana yang lebih baik dan selesa. Seramai 17,000 penerima bantuan akan menerima bantuan dari kerajaan negeri Perak melalui Kad Perak Prihatin dan kad ini akan diagihkan kepada individu yang benar – benar layak sahaja. Penerima kad ini perlu membuat pengaktifan sendiri sebaik sahaja menerima kad tersebut.

Cara Membuat Pengaktifan Kad Perak Prihatin

Sebelum boleh menggunakan Kad Perak Prihatin, ianya perlu diaktifkan terlebih dahulu menggunakan salah satu cara berikut :

  1. Secara Dalam Talian (Online)

 

  1. Melalui SMS 
  • Taip mesej : WBC<jarak>PACT<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NOMBOR KAD PERAK PRIHATIN<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NOMBOR MYKAD
  • Hantarkan mesej tersebut ke 33555
  • Fungsi lain yang boleh digunakan melalui SMS adalah seperti berikut :
  1. Penukaran Pin
  • Taip mesej : WBC<jarak>PPIN<6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN LAMA<jarak>PIN-BARU
  • Hantarkan mesej ke 33555

 

  1. Reset PIN
  • Taip mesej : WBC<jarak>PRPIN<6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN-BARU
  • Hantarkan mesej ke 33555

 

  1. Semakan Baki Kad
  • Taip mesej : WBC<jarak>PBAL<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN
  • Hantarkan mesej ke 33555

 

  1. Pusat Panggilan (Call Centre)

 

Kegunaan Kad Perak Prihatin

Terdapat dua kegunaan Kad Perak Prihatin iaitu :

  1. Rawatan Kesihatan
  • Pemegang Kad Perak Prihatin layak mendapat pembiayaan rawatan kesihatan di klinik – klinik Panel dengan had maksimum RM 300 setahun
  • Setiap kali digunakan di klinik panel, had maksimum sekali rawatan adalah sebanyak RM 50
  • Tiada had jenis rawatan / perubatan ditetapkan bagi kesihatan asas

 

  1. Pembelian Barangan Asas
    • Setiap keluarga yang layak akan menerima sekeping Kad Perak Prihatin
    • Had pembelian bulanan adalah sebanyak RM 80 sahaja dan baki terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
    • Nilai kad RM 80 akan ditambah secara automatik setiap bulan
  • Pembelian adalah secara cashless dan boleh digunakan di pasaraya atau kedai berdaftar sahaja

Cara Menggunakan Kad Perak Prihatin Di Klinik Panel

  • Serahkan Kad Perak Prihatin semasa membuat pendaftaran di klinik panel
  • Pihak klinik akan membuat pengesahan kad dan baki kad terlebih dahulu
  • Klinik panel berhak menghubungi Perak Prihatin bagi tujuan pengesahan
  • Pemegang kad akan menandatangani borang kehadiran dan PDPA
  • Setelah menerima rawatan, klinik panel akan merekod jenis rawatan dan membuat terus tuntutan secara dalam talian
  • Sistem akan membuat pengesahan dan bayaran akan dibuat kepada klinik panel

Cara Menggunakan Kad Perak Prihatin Di Kedai Atau Pasaraya

  • Pemegang kad membeli barangan asas di kedai atau pasaraya terpilih 
  • Sebelum membuat pembayaran, pemegang kad perlu membuat semakan baki terlebih dahulu
  • Serahkan kad kepada juruwang semasa di kaunter pembayaran
  • Juruwang akan merekodkan barangan menggunakan sistem Point of Sale (POS) dan hanya barangan tersenarai sahaja akan diluluskan pembelian melalui tapisan sistem POS
  • Kad Perak Prihatin akan di masukkan ke terminal bayaran dan pemegang kad perlu memasukkan nombor PIN kad di terminal pembayaran sebelum proses pembelian selesai

Kerajaan negeri Perak sangat berharap dengan adanya inisiatif Kad Perak Prihatin ini sekurang – kurangnya ia dapat mengurangkan kos kehidupan pada hari ini. Biarpun jumlah bantuan yang diberikan tidak terlalu tinggi, namun sekurang – kurangnya ia dapat membantu rakyat mendapatkan barangan asas serta rawatan kesihatan di klinik – klinik panel yang berdaftar. Kesihatan dan kesejahteraan rakyat antara tujuan utama inisiatif ini diberikan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 1 800 22 6600 atau emel [email protected].