DELIMA 2.0
Sebagai memenuhi keperluan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan sistem DELIMA 2.0. Delima 2.0ataunamapenuhnyaDigital Educational Learning Initiative Malaysiaversi 2.0 merupakan platform yang dapatmeningkatkan proses pembelajaransertapengajarandalamtalian. Portal inimembolehkan para pelajarserta guru mengaksesbahanpembelajaranmenggunakanakaun Google dan ianyabolehdilakukantanpa had masa dan tempat. Ianyabolehdiakses oleh guru, murid sertaibubapadariperingkatsekolahrendahhinggaTingkatan Enam atauMatrikulasi
Cara Log Masuk DELIMA 2.0
- Buka portal rasmi DELIMA 2.0 di https://d2.delima.edu.my/login
- KlikkotakI Agree to Terms and Conditions
- KlikbutangClick Here to DELIMA 2.0 Login
- PilihGoogle Accountuntuk log masuk
- Gunakan akaun Gmail untuk log masuk
- Masukkan Username pengguna dan kata laluan yang diberikan
- Pengguna boleh mula mengakses bahan pembelajaran yang telah dimasukkan di ruangpelajaran serta boleh mengakses perkhidmatan lain yang tersedia dalam DELIMA 2.0
- Sekiranya terlupa ID atau password aplikasi ini, pengguna perlu reset semula kata laluan dengan menghubungi guru kelas atau pentadbir ICT di sekolah
- Kata laluan baru akan diberikan setelah proses reset kata laluan
Ciri-ciri Baharu
Ciri-ciri baru telah diperkenalkan dan dapat meningkatkan prestasi penggunaan sistem yang lebih optimum, antaranya:
Sistem Mesra Pengguna:
Pengguna lebih mudah menggunakan sistem ini kerana antara muka yang user friendly, responsive, boleh diakses dari pelbagai peranti seperti telefon pintar, komputer peribadi dan tablet serta senang diakses, carian fail / sumber pembelajaran juga adalah lebih pantas
Pembelajaran Diperibadikan:
Pelajar lebih mudah memilih subjek yang perlu difokuskan terlebih dahulu berdasarkan keperluan akademik serta minat kerana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta analitik daya yang dapat membantu para pelajar berdasarkan kemampuan masing-masing melalui pembelajaran peribadi
Kemajuan Komunikasi:
Chatbot serta komuniti perbincangan yang tersedia memudahkan komunikasi dua hala antara pelajar, guru serta ibu bapa
Pelbagai Sumber:
Sumber pembelajaran adalah pelbagai, justeru ianya membantu meningkatkan proses pembelajaran dan data multimedia juga sangat membantu meningkatkan pengalaman pengguna
Pautan ke Portal Lain:
Portal DELIMA 2.0 diintegrasikan dengan portal lain bagi memudahkan akses dalam talian seperti APDM KPM, e-operasi, dan SPLKPM
Chatbot:
Chatbot ini membolehkan pengguna membuat pertanyaan mengenai sistem sepanjang masa
Ruang Aktiviti Pembelajaran:
Perkongsian bahan pengajaran dan tugasan mudah dilakukan menggunakan G Classroom, Apple Education, Microsoft 365, Canva dan Padlet
Pelbagai Aktiviti:
Aktiviti kolaboratif, forum perbincangan serta kuiz interaktif turut disediakan selain penyediaan bilik darjah maya. Malah segala tugasan pelajar diserahkan secara dalam talian
Analitik Prestasi Pelajar:
Para guru boleh memantau prestasi pelajar melalui analitik prestasi pelajar dan lebih mudah tindakan sewajarnya diambil bagi meningkatkan kemajuan pelajar
Bantuan Teknikal 24/7:
Bantuan teknikal serta tutorial tersedia 24/7 bagi menyelesaikan pelbagai isu pengguna
Menyokong Teknologi VR/AR:
Aplikasi ini turut menyokong penggunaan teknologi VR/AR serta pelbagai aktiviti digital lain seperti pertandingan Minecraft Education untuk kegunaan pelajar
Kesimpulan
Delima 2.0 ini berpotensi meningkatkan prestasi para pelajar melalui pembelajaran digital yang menjadi pilihan pada masa akan datang kerana ianya lebih mudah diakses pada bila-bila masa.
