Tarikh Bayaran
12 Ogos 2025 secara berperingkat
Kategori Penerima dan Bayaran
| Kategori Penerima | Kadar Bayaran STR Fasa 3 |
|---|---|
| Isi Rumah ( <_ RM2,500 ) | RM 150- RM 650 |
| Isi Rumah ( <_ RM2,501 – RM 5,000 ) | RM 150- RM 300 |
| Warga Mas , Tunggal | RM 150 |
| Bujang | RM 150 |
Berita baik! Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 akan bermula esok pada 12 Ogos 2025. Langkah ini diambil oleh Kerajaan Madani bagi menangani masalah kos sara hidup untuk rakyat. Seperti kebiasaan, pembayaran dijangka masuk secara berperingkat mengikut kategori pembayaran, bank dan kawasan. Seramai 8.6 juta rakyat Malaysia dijangka akan mendapat bantuan sehingga RM 650 untuk fasa 3 STR. Sejumlah 2 billion akan diagihkan kepada 300,000 penerima di seluruh negera. Selain itu, rakyat Malaysia juga mendapat bantuan lain seperti SARA untuk semua dan Penjualan barangan Rahmah.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif hasil dari langkah kerajaan bagi membantu rakyat menringankan kos sara hidup. Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, langkah ini mecerminkan keperihatinan kerajaan bagi memastikan rakyat mendapat manfaat dari kestabilan dan kemakmuran negara. Melalui bantuan seperti STR , penerima akan mendapat dorongan kebebasan kewangan yang diimpikan oleh Ekonomi Madai.
Selain itu, permohonan dan rayuan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka sepanjang tahun. Penerima akan mendapat bantuan ini terus ke dalam akaun bank mereka, manakala mereka yang tidak mempunyai akaun boleh mengambil wang dari cawangan BSN yang terdekat. Untuk mereka yang tidak mempunyai maklumat di pangkalan data boleh membuat permohonan baru.
Maklumat dan soalan lazim STR fasa 3 boleh dirujuk dari laman Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my.
