
Skim SJKP Madani adalah suatu skim yang diwujudkan bagi membantu golongan yang tidak mempunyai pedapatan yang tetap ataupun tidak mempunyai bukti pendapatan seperti pekerja gig ataupun perniaga kecil-kecilan. SJKP bertujuan untuk membantu golongan ini untuk memiliki tempat kediaman mereka yang pertama. Skim ini diwawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Golongan yang berpendapatan tetap juga layak untuk membuat permohonan SJKP. SJKP adalah satu skim yang memberi pinjaman perumahan pertama sehingga RM 360,000.
SJKP adalah untuk pembelian rumah pertama mahupun rumah lelong, rumah baharu, rumah kos rendah dan kos sederhana. Skim SJKP bukanlah untuk tujuan pembelian kedai bagi tujuan pernigaan mahupun untuk pembinaan rumah atas tanah. Skim SJKP juga tidak boleh digunakan untuk tujuan refinance.
Ciri Ciri SJKP Madani
- Pinjaman sehingga RM 360,000.00
- Untuk mereka yang tidak mempunyai bukti penyata pendapatan , bekerja sendiri, sektor gig
- Untuk Perkerjaan berpendapatan tidak tetap
- Pembiayaan 35 tahun
- Untuk rumah pertama sahaja , Kos rendah ataupun Kos Sederhana
Kelayakan
- Berumur 18 tahun ke atas , Warganegara Malaysia Sahaja , Pinjaman dua generasi boleh dilakukan untuk mereka yang berumur 55 tahun ke atas
- Untuk rumah pertama sahaja
- Penbayaran balik bulanan tidak melebihi 65% pendapatan bulanan
- Berdasarkan rekod CCRISS pemohon
Permohonan SJKP Madani
Untuk membuat permohonan SJKP , pemohon perlu mengemukakan permohonan di mana-mana bank yang terlibat

Dokumen Sokongan yang diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan untuk permohonan
- Surat perjanjian jual beli, surat perjanjian deposit
- Penyata Akaun bank 6 bulan
- Laporan penyata KWSP ataupun cukai pendapatan
- Surat pengesahkan pekerjaan oleh majikan jida ada
- Surat pengakuan bekerja sendir ataupun slip pendapatan
Bank yang menyediakan pembiayaan SJKP
- Affin bank
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Ambank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- Bank Rakyat
- BSN
- Hong Leong
- Maybank
- MBSB
- RHB
Permohonan boleh dibuat di SJKP
Emel
Alamat
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun, Bukit Damansara
50490, Kuala Lumpur
