SARA Untuk Semua RM100 one off

SARA untuk Semua – Bantuan RM 100 one off

Pembelian 14 kategori barangan asas dengan mengunakan kad pengenalan di lebih 4000 kedai-kedai tertentu di seluruh negara.

Syarat dan Kelayakan

  • WargaNegara Malaysia dewasa berumur 18 tahun ke atas
  • Terbuka kepada semua ahli keluarga. Satu keluarga boleh menerima lebih dari satu bantuan untuk setiap orang dewasa
  • Tiada kelayakan pendapatan

Permohonan

  • Tiada permohonan di perlukah. Penerima yangl ayak akan terus mendapat RM100 di kad pengenalan mereka.

Pembelian barangan asas sahaja

  • Pembelian hanya untuk barangan keperluan asas seperti beras, telur, roti, ubat-ubatan dan bahan kebersihan rumah.
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Makanan tin
  • Biskut
  • Maggi
  • Ubat
  • Produk kebersihan sendiri seperti sabun, tuala wanita
  • Minuman
  • Kicap, Sos dan bahan yang sebagainya

SARA tidak boleh digunakan untuk membeli

  • Rokok
  • Semua Jenis Tisu

Cara mengunakan SARA

Pembelian barang asas boleh dilakukan dengan MyKad Penerima yang layak.

  1. Pilih barangan keperluan
  2. Tunjuk Mykad untuk Pengesahan
  3. Imbas Kod Barangan
  4. Bayar menggunakan Mykad
  5. Simpan Resit Untuk Semakan

Semakan SARA

Semakan untuk Sara sudah boleh mula dibuat mulai 21 Ogos 2025

 

Semakan SARA boleh dibuat dengan aplikasi MyKasih. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Google Playstore ataupun Android Appstore. Setelah memuat turun aplikasi Sara, peguna hanya perlu memasukkan no MyKad Mereka untuk membuat semakan Status Sara

  1. Layari Laman Rasmi SARA

Masukkan No MyKad

 

2) Kelulusan SARA akan dipamerkan

 

 

 

 

 

 

Semperna hari kebangsaan 31 OGOS, PM Anwar telah mengumuman bantuan RM 100 SARA secara one off kepada semua rakyat dewasa Malaysia. Ini adalah satu usaha kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat. Sejumah 2 billion bakal diagihkan dan 22 juta penduduk dijanga akan mendapat manfaat dari SARA.  Antara bantuan lain yang telah diberikan adalah STR dan SARA untuk golongan B40. Terdapat 700,000 penerima SARA yang sedia ada yang telah mendapat bantuan mereka.

Bantuan ini berjumlah RM100 untuk membeli barangan ASAS one off. Mereka yang layak boleh membeli barangan dari lebih 5000 kedai bermula dari 31 Ogos hingga 31 Desember 2025. Di antara kedai-kedai adalah seperti 99 Speedmart, Mydin , Lotus dan Econsave di seluruh negara.

Menurut PM Anwar lagi, kadar inflasi negara telah berada di kawalan terendah dengan 1.1 peratus. Kos sara hidup dijangka kekal sebagai cabaran yang mesti ditangani oleh kerajaan.

Menurut beliau lagi, terdapat juga golongan yang tidak memerlukan bantuan ini. Bantuan yang tidak digunakan akan diagihkan lagi untu golongan asnaf pada tahun hadapan.

Maklumat terperinci pemberian SARA akan diumumkan dari masa ke semasa