Sekitar pertengahan bulan Mac 2020, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani wabak Covid19 yang melanda negara. Berikutan pelaksanaan PKP ini, hampir semua sektor terlibat dan terpaksa menghentikan operasi buat seketika sehingga dimaklumkan oleh pihak kerajaan. Pastinya ramai yang terkesan semasa pelaksanaan ini termasuklah para pemandu bas persiaran yang tidak boleh beroperasi sepanjang PKP.
Justeru, kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah mengumumkan skim bantuan khas iaitu Bantuan Prihatin Insentif RM 600 diberikan kepada para pemandu bas persiaran sebagai tanda prihatin terhadap permasalahan yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini. Menurut sumber, lebih 1000 syarikat pengangkutan dan seramai hampir 10,000 pemandu bas terkesan dengan pelaksanaan PKP ini di mana sumber pendapatan mereka terhenti buat seketika. Pemohon boleh membuat permohonan mulai 8 Mei hingga 21 Mei 2020 melalui laman web rasmi https://prihatin.mot.gov.my.
Syarat dan Kriteria Permohonan
Setiap pemohon yang ingin membuat permohonan skim Bantuan Prihatin Insentif RM 600 perlu memenuhi syarat dan kriteria berikut :
- Mestilah merupakan warganegara Malaysia
- Mestilah merupakan pemandu lantikan tetap Syarikat Bas Pelancongan / Persiaran dan mencarum PERKESO (pemandu separuh masa adalah tidak dibenarkan)
- Mestilah memiliki Lesen E atau lesen memandu yang berkenaa, Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Syarikat mestilah memiliki lesen Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan atau Perniagaan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) yang masih dalam tempoh sah laku dengan Kementerian Pelancongan pada 31 Disember 2019
- Mestilah mempunyai lesen kenderaan berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
- Pemandu tidak perlu memohon sendiri dan permohonan dilakukan secara online oleh wakil syarikat dengan mendaftar maklumat pemandu yang terdiri dari nombor kad pengenalan, maklumat lesen memandu serta nombor akaun bank pemandu
- Hanya syarikat yang memiliki lesen TOBTAB yang masih dalam tempoh sah dengan MOTAC serta memiliki lesen kenderaan daripada APAD sahaja boleh akses portal permohonan dengan hanya mengisi nombor pendaftaran SSM syarikat
Cara Membuat Pendaftaran Permohonan
- Layari portal rasmi PRIHATIN MOT di https://prihatin.mot.gov.my/
- Tekan butang TERUSKAN dan kemudian tekan butang SETUJU
- Masukan nombor pendaftaran syarikat dan klik butang SEMAK
- Kemudian, klik butang DAFTAR PEMANDU dan masukkan maklumat peribadi pemandu seperti nombor Mykad, maklumat lesen serta akaun bank pemandu
- Pendaftaran permohonan SELESAI
Setiap permohonan yang dihantar akan disaring terlebih dahulu bagi memastikan permohonan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Tidak semua permohonan adalah berjaya dan sekiranya permohonan diluluskan, bantuan akan mula disalurkan pada awal bulan Jun 2020 secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima. Pemandu juga boleh membuat semakan pendaftaran di https://prihatin.mot.gov.my/semakpemandu.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat persoalan dan inginkan maklumat lanjut berkenaan status lesen TOBTAB Syarikat Pelancongan, hantarkan emel kepada [email protected]. Sebarang maklumat berkenaan portal dan lain – lain persoalan boleh diajukan secara emel kepada [email protected].