Bayaran STR Fasa 3 sudah mula masuk
STR FASA 3
Pembayaran STR Fasa 3 mulai 12 Ogos 2025
Pembayaran mengikut kategori
Isi Rumah < RM 2,500 Kayar bayaran RM150 – 650
Isu Rumah RM2,501 – RM 5,000 Kadar Bayaran RM 150-300
Warga Emas Kadar bayaran : RM150
Bujang Kadar Bayaran : RM150


Jumlah Pembayaran STR 2025
Pembayaran STR mengikut fasa
STR fasa 1 : Januari 2025
STR fasa 2 : 24 Mac 2025
STR fasa 3 : 12 Ogos 2025
STR fasa 4 : November 2025
Sejumlah 4 billion telah disalurkan kepada penerima STR fasa 1 dan fasa 2.
Kaedah Pembayaran
- Tuntutan tunai di cawangan BSN
- Pengkreditan terus ke akaun bank penerima
Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.67 bilion bagi menyalurkan bantuan ini dengan kadar RM 300 untuk isi rumah, RM 100 untuk warga emas tiada pasangan dan juga golongan bujang. Dianggarkan seramai 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas tiada pasangan dan 35 juta golongan bujang akan menerima STR ini. Implikasi kewangan bagi penyaluran bantuan sumbangan ini adalah sebanyak RM 1.2 bilion untuk isi rumah, RM 0.12 bilion untuk warga emas tiada pasangan dan RM 0.35 bilion untuk golongan bujang.
Menurut Perdana Menteri juga, bantuan ini akan akan sentiasa ditambahbaik pada masa hadapan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Justeru, pemberian sumbangan ini telah diawalkan di mana pada perancangan asal, pemberian hanya akan diberikan pada bulan Mac 2023. Malah, konsep ‘Payung Rahmah’ menjadi induk kepada pelbagai bantuan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik berhadapan dengan taraf kos hidup yang semakin meningkat selaras dengan visi Kerajaan Perpaduan yang menekankan pembelaan nasib rakyat susah.
Skim Khairat Kematian RM 1,000
Wang tunai sejumlah RM1,000 boleh dituntut di mana-mana cawangan BSN sekiranya penerima STR meninggal dunia. Tuntuntan boleh dibuat mulai 1 Febuari sehingga 31 Disember 2025. Waris perlulah hadir untuk membuat tuntutan SKK STR.
- Sijil kematian dan salinan dari Jabatan Pendaftaran Negara
- Kad pengenalan asal waris
- Nama Pewaris perlu ada di akaun STR
- Dokumen sokongan yang diperlukan
Kemaskini STR
Kemaskini untuk permohonan STR akan dibuka dari 1 Mac hingga 31 Mac 2025.
Permohonan Baharu STR 2025
Permohonan baharu STR dibuka sepanjang tahun. Untuk Kelayakan fasa 1 hanyalah sehingga 30 November 2024

Semakan dan Log Masuk MySTR
Pengguna boleh membuat semakan status STR di laman web mulai 17 Januari 2025. Maklumat penerima STR diperolehi dari pangkalan data maklumat MySTR 2025.
- Layari portal rasmi MySTR
- Taip nombor MyKad ataupun menggunakan mydigitalID
- Taip maklumat keselamatan pengguna
- Taip kata kunci keselamatan dan kata laluan
- Setelah berjaya mendaftar, log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan pengguna
- Pastikan pengguna tidak salah kata laluan
- Akan akan disekat sekiranya salah kata laluan sebanyak 3 kali
- Pengguna perlu berhubung dengan pihak LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747 sekiranya akaun telah disekat
Talian Bantuan Khas Kerajaan
Hotline STR LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
e-Mel
Alamat
- Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 Putrajaya
Bantuan Rakyat telahpun dijenamakan dengan Sumbangan Tunai Rahmah(STR) dan akan dibaikpulih dari masa ke semasa. Pemberian STR adalah berdasarkan pangkalan data bantuan sebelum ini. Mereka yang layak akan menerima bantuan ini secara automatik.
STR diteruskan untuk RMK 13 , 2016-2030
Penurut Pengumuman terbaru PM Dato Seri Anwar Ibrahim , program yang mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti SARA dan STR akan di teruskan dibawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi tempoh 2026 sehingga 2030.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Sumbangan Tunai Rahmah merupakan salah satu bantuan terkini selain Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan juga Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Bantuan ini disalurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan ianya termaktub dalam Belanjawan 2025. Kerajaan Malaysia yang sentiasa prihatin terhadap kesusahan rakyat sering mengambil inisiatif dengan mewujudkan pelbagai bentuk bantuan yang dapat membantu golongan kurang bernasib baik dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun.
Pelaksanaan STR 2025 tertumpu kepada isi rumah yang berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM2,500 sebulan, isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 sebulan, individu bujang berpendapatan rendah serta warga emas bujang. Pemberian STR 2025 akan dilakukan secara berfasa iaitu Fasa 1 pada 22 Januari 2025, Fasa 2 pada 24 Mac 2025, Fasa 3 pada 12 Ogos 2025 dan Fasa 4 dijangka pada bulan November 2025. Walau bagaimana pun, penerima yang layak boleh membuat semakan tarikh pembayaran melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my, menggunakan nombor kad pengenalan masing-masing.
Syarat Kelayakan STR 2025
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025:
- Kategori isi rumah
- Berkahwin/Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda
- Mempunyai anak yang menepati syarat
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang/Ibu tungga/bapa tunggal/balu/janda/duda
- Tidak mempunyai anak
- Had umuradalah 60 tahunkeatas
- Berpendapatan RM5,000 kebawah
- Kategori Bujang
- Bujang/Ibu Tunggal/bapatunggal/balu/janda/duda
- Tidak mempunyaianak
- Had umur antara 21 hingga 59 tahun, OKUberumur 19 tahun dan ke atas
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa
- Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Semua penerima bantuan ini mestilah merupakan warganegara Malaysia dan maklumat pendapatan serta status keluarga perlu dikemaskini bagi pengesahan kelayakan.
Kadar Bayaran STR 2025
Kadar bayaran adalah tertakluk kepadasyarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu seperti berikut:
- Isi rumah pendapatan di bawah RM2,500
- Tiada anak – RM1,000
- Anak 1 hingga 2 orang – RM1,500
- Anak 3 hingga 4 orang – RM2,000
- Anak melebihi 5 orang – RM2,500
- Isi rumah pendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000
- Tiada anak – RM500
- Anak 1 hingga 2 orang – RM750
- Anak 3 hingga 4 orang – RM1,000
- Anak melebihi 5 orang – RM1,250
- Warga Emas Tiada Pasanganberpendapatan RM5,000 kebawah
- Bantuan yang diberikan adalah RM600
- Bujang Berpendapatan RM2,500 kebawah
- Bantuan yang diberikan adalah RM600
Kaedahpembayaran STR 2025
Pembayaranbantuanakandilaksanakanmelalui dua kaedahiaitusecarapengkreditanteruskeakaun bank penerimaatausecaratunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembayaransecaratunaihanyauntukpenerima yang tiadamaklumatakaun bank dan pengkreditankeakaun bankgagaldilakukan.

