Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan orang ramai terpaksa menangung beban ekonomi yang meruncing ketika ini. Mereka yang berpendapatan rendah sudah pastinya menjadi golongan yang memerlukan bantuan dalam menguruskan kehidupan mereka dengan lebih berkualiti. Skim Bantuan Asuhan Rakyat atau juga dikenali dengan panggilan Si KEMBAR adalah salah satu program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor dalam meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah. Mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM100 yang akan dibayar terus kepada TASKA atau tempat di mana anak mereka dihantarkan setiap bulan. Ini termasuklah institusi atau rumah yang telah didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sekali gus, kerajaan secara tidak langsung dapat mengemas kini lesen tempat asuhan yang layak menyertai program Si KEMBAR dan juga menolong tempat tersebut menjana pendapatan dengan bantuan yang akan disalurkan kepada mereka apabila orang ramai menghantar anak mereka ke tempat tersebut. Penjelasan yang telah disampaikan oleh Rodziah Ismail iaitu salah satu daripada Exco Kerajaan Selangor memberitahu bahawa skim bantuan asuhan akan disumbangkan kepada orang ramai di bawah tiga kategori seperti;
- Mereka yang memperoleh pendapatan rendah
- Ibu atau bapa tunggal yang bekerja
Bantuan Si KEMBAR kepada mereka yang berpendapatan rendah hanya akan diberikan kepada mereka yang memperoleh pendapatan;
- Tidak lebih daripada RM1,500 dengan tanggungan tidak lebih daripada tiga orang anak
- Tidak lebih daripada RM2,500 dengan tanggungan tidak lebih daripada lima orang anak
- Tidak lebih daripada RM3,000 dengan tanggungan sebanyak enam orang dan ke atas
Walau bagaimanapun, mereka yang layak hanyak akan menerima bantuan sekiranya anak mereka belum mencapai usia 4 tahun 11 bulan.
Syarat-Syarat Permohonan
Mereka yang berminat untuk mendapatkan bantuan Si KEMBAR perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti;
- Individu yang mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia
- Seorang individu;
- Sama ada ibu atau bapa yang lahir dan sedang menetap di Selangor
- Atau mereka yang mempunyai anak yang lahir dan sedang menetap di Selangor
- Atau mereka yang telah bermaustatin di Selangor tidak kurang daripada 5 tahun dengan pengesahan bermaustatin daripada Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, Pengerusi Taman Perumahan, Penghulu, Ketua Kampung, ADUN atau Senator di kawasan tempat tinggal mereka
- Pendapatan seisi rumah;
- Tidak lebih daripada RM2,500 dengan tanggungan sebanyak satu orang anak
- Atau tidak lebih daripada RM3,000 dengan tanggungan sebanyak dua orang anak
- Suami dan isteri bekerja.
- Anak mereka di hantar ke tempat asuhan yang berdaftar
- Bantuan hanya akan diberikan kepada mereka yang mempunyai dua orang anak yang berumur tidak lebih daripada 5 tahun
Permohonan Si KEMBAR
- Permohonan Si KEMBAR perlu didaftar dengan menggunakan Borang Asal Si KEMBAR yang tidak dikenakan sebarang caj.
- Borang tersebut boleh didapati di Rantaian Mesra Sdn. Bhd. yang merupakan pejabat pentadbir skim berkenaan atau di Pusat Khidmat DUN Selangor yang berhampiran dengan timpat tinggal pemohon.
- Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon termasuklah;
- Salinan kad pengenalan (MyKad) pemohon dan pasangan
- Salinan sijil kelahiran bagi anak pemohon yang berusia 4 tahun 11 bulan ke bawah
- Salinan penyata gaji pemohon dan pasangan yang bekerja sebagai kakitangan awam atau swasta
- ATAU salinan penyata gaji pemohon yang bekerja sendiri dan telah disahkan oleh Pengerusi Taman, Nazir Masjid, atau ADUN
Semua dokumen perlu mendapat pengesahan daripada Pusat Khidmat DUN Selangor. Kelulusan akan diberi oleh Rantaian Emas Sdn. Bhd. selepas segala dokumen telah dihantar dengan lengkap.
Permohonan Yang Berjaya
- Pemohon yang telah berjaya mendapat kelulusan akan mendapat bantuan sebanyak RM100 setiap bulan untuk anak pemohon yang telah berdaftar dan bantuan tersebut akan didepositkan terus ke dalam akaun tempat asuhan anak mereka
- Setiap permohonan yang telah berjaya hanya untuk tempoh satu tahun (Januari hingga Disember) dan pemohon perlu membuat permohonan baru pada bulan Januari setiap tahun
- Permohonan yang telah berjaya akan terbatal dengan sendiri apabila anak pemohon telah mencapai usia lima tahun
Maklumat Lanjut
Segala maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR) boleh didapati di;
Alamat:
RANTAIAN MESRA SDN. BHD. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000, Shah Alam
Tel: 03-55103468 / 03-55103472 Faks: 03-5510 3455 E-mel: [email protected]
Atau dengan melayari laman sesawang skim SI KEMBAR di http://www.e-sikembar.org/