RMR1M (Rumah Mesra 1 Malaysia)
Harga murah di Malaysia sememangnya amat mahal sekali. Rumah adalah asas dalam membina keluarga. Oleh itu, rumah milik sendiri adalah menjadi impian oleh semua keluarga di Malaysia. Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) adalah satu program kerajaan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu rakyat Malaysia yang miskin seperti petani dan nelayan untuk memiliki rumah sendiri. Objektif utama RMR1M dalah bagi membantu golongan miskin yang mempunyai tanah tetapi mempunyai rumah yang telah usang untuk membina rumah baru
Di bawah program ini, mereka yang layak boleh menerima subsidi kerajaan sehingga RM 26,333 (tertakluk kepada kawasan) dan subsidi faedah 2% bagi meminjam wang dari Bank. Setakat ini, lebih dari 31,767 keluarga telah berjaya dibantu oleh pinhak SPNB bagi memiliki rumah impian mereka.
Rumah Rakyat Mesra di Semenanjung Malaysia adalah berlainan dengan Rumah Rakyat Mesra bagi penduduk di Sabah dan Sarawak. Berikut adalah ciri ciri Rumah Mesra Rakyat dari SPNB
Ciri Ciri Rumah Mesra Rakyat di Semenanjung Malaysia
- Mempunyai keluasan 1,000 kps dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 tandas
- Harga rumah adalah RM 65,000
- Subsidi kerajaan adalah RM 20,000
- Feadah pinjaman dari bank dengan subsidi kerajaan sebanyak 2%
- Jumlah bayaran bulanan tertakluk kepada pihak bank
Ciri Ciri Rumah Mesra Rakyat di Sabah dan Sarawak
- Mempunyai keluasan 700kps, 3 bilik dan 2 tandas
- Harga rumah bermula dengan RM68,000 hingga ke RM 79,000
- 1/3 pinjaman disubsidi Kerajaan
- Baki dibayar balik tanpa feadah
Pakej tambahan
Terdapat pakej yang boleh ditambah oleh pemohon untuk rumah RMR1M. Ini termasuk sistem alarm, almari, pagar, almari dapur dan bumbung yang lebih selesa.
Syarat Syarat kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)
- Warganegara Rakyat Malaysia
- Berkeluarga atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tangungan
- Tidak mempunyai milikan rumah
- Berumur 18 hingga ke 60 tahun
- Bependapatan dari RM 750 hingga ke RM 3,000 sebulan
- Mempunyai tanah sendiri yang tidak mempunyai sekatan di atasnya
- Tanah mesti seluas 3700 kps di Semenanjung Malysia dan 2600 di Sabah dan Sarawak
Bagi Semenanjung Malaysia (kecuali tanah di pulau), pemohon yang berumur lebih dari 43 tahun memerlukan pemohon kedua yang berusia dari 18 ke 43 tahun
Bagi Sabah, Sarawak dan kawasan Pulau pula, pemohon yang berumur lebih dari 41 tahun memerlukan pemohon kedua yang berusia dari 18 ke 41 tahun
Bagi mereka yang tidak layak untuk mohonon bagi RMR1M, mereka juga boleh mempertimbangkan program lain oleh SPNB seperti RMRPlus
Proses dan cara-cara permohonan
Maklumat lanjut permohonan
Permohonan Online
Permohonan RMR1M boleh dibuat secara online di laman sesawang tertera
Permohonan Offline
Borang Permohonan boleh didapati di sini. Borang boleh dihantar sendiri kepada SPNB ataupun cawangan SPNB yang terdekat
Hotline SPNB
Bagi mereka yang ingin menhubungi SPNB
Telefon: 1300-80-3838 , 03-2618 5555 / 03-2618 5556 , Emel:[email protected]
Alamat SPNB
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur
RMRPlus
RMRPlus disasarkan kepada gologan yang tidak dapat memenuhi syarat kelayakan untuk RMR1M.
Ciri Ciri Rumah Mesra Rakyat Plus
- Rumah Satu Tingkat
- Berkeluasan bermula dari 1,000 kaki persegi ke 1,200 kaki persegi
- Mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air
- Bayaran balik boleh dibuat secara tunai ataupun pinjaman bank
- Harga rumah bermula dari RM 108,888.00 hingga ke RM 126,666
Pakej Tambahan
Syarat Syarat kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus)
- Warganegara Rakyat Malaysia
- Mempunyai tanah sendiri yang tidak mempunyai sekatan di atasnya
- Berkelayakan untuk mendapat pinjaman dari institusi kewangan dan bank di Malaysia
- Tanah mesti seluas 3750 kaki per segi
Terdapat pakej yang boleh ditambah oleh pemohon untuk rumah RMR1M. Ini termasuk sistem alarm, almari, pagar, almari dapur dan bumbung yang lebih selesa.
Kejayaan RMR
Setakat ini, program RMR1M telah mendapat kejayaan yang memberansangkan. Sejumlah 36,454 unit rumah RMR1M telah berjaya dipohon dan di dalam proses pembinaan.
RMR1M di Kampung TK.Senangin, Perak
RMR1M di Bukit Ramon, Johor