Rayuan STR 2025

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR disalurkan kepada penerima secara berperingkat mulai 22 Januari 2025. Pemberian yang disalurkan secara berfasa ini sememangnya sangat memberi kesan positif kepada para penerima. Namun, tidak semua golongan berjaya mendapat bantuan ini kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Individu yang berstatus tidak lulus STR boleh membuat permohonan rayuan dengan mengemukakan beberapa dokumen untuk kelulusan. Ia boleh dibuat secara dalam talian mulai 16 Februari 2025 dan tertakluk kepada sebarang pindaan tarikh terkini yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

 

Bagi penerima yang mendapat bantuan kurang dari yang sepatutnya dan tidak mengikut jadual juga boleh membuat rayuan pada masa yang sama. Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian atau melalui borang manual yang boleh diperoleh di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pemohon perlu menyemak kod alasan tidak lulus STR sebelum mengemukakan permohonan rayuan.

 

Punca Tidak Lulus STR

  • Maklumat tidak tepat – Maklumat pemohon, pasangan atau anak tidak lengkap/tidak tepat
  • Pendapatan bulanan melebihi had – Pendapatan pemohon melebihi had yang ditetapkan
  • Status anak tidak memenuhi syarat – Tidak melepasi syarat umur atau status pelajar   
  • Pemilikan kenderaan – Individu memiliki kenderaan yang melebihi syarat golongan berpendapatan rendah  
  • Maklumat pasangan tidak jelas – Perlu pengesahan maklumat pasangan atau pasangan wujud dalam permohonan lain

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan 

Bagi tujuan menyokong permohonan rayuan STR, beberapa dokumen berikut perlu dimuat naik ke dalam sistem berdasarkan kod alasan yang diberikan. Antaranya adalah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon, pasangan serta sijil kelahiran anak/tanggungan
  • Penyata gaji/pendapatan bulanan individu/isi rumah sekiranya kod alasan berkaitan dengan pendapatan  
  • Salinan sijil nikah/sijil cerai/sijil kematian sekiranya kod alasan berkaitan dengan status perkahwinan
  • Salinan surat pengesahan pengajian anak di IPTA/IPTS
  • Salinan cukai taksiran/geran/hak pindah milik/perjanjian sewa (bukti kediaman/hartanah)
  • Dokumen sokongan lain berdasarkan kod alasan yang diberikan

 

Kaedah Rayuan Melalui Portal Rasmi

  1. Layari laman web rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my
  1. Log masuk akaun STR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang sah
  2. Semak status permohonan dan kenal pasti kod alasan Tidak Lulus STR
  1. Klik butang “Permohonan Rayuan” atau “Permohonan Semakan Semula (Rayuan)” 
  1. Pilih kod alasan tidak lulus  
  1. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan  
  2. Sebelum klik butang ”Hantar Rayuan”, pastikan anda telah menyemak maklumat dan dokumen yang telah dimuat naik 

 

Kaedah Rayuan Secara Manual

  1. Kunjungi cawangan pejabat LHDN, Pejabat Satelit atau Pusat Transformasi Bandar (UTC)
  2. Lengkapkan borang Rayuan STR (BK-01) yang diperolehi dari kaunter atau muat turun di portal rasmi STR
  3. Serahkan borang yang lengkap bersama dokumen sokongan di kaunter untuk proses rayuan

Tempoh permohonan rayuan dibuka selama 2 minggu bermula dari tarikh keputusan permohonan diumumkan dan tertakluk kepada sebarang pindaan terkini dari masa ke semasa.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai STR boleh hubungi platform berikut: