Program i-Sejahtera Penghargaan Warga Mas Pulau Pinang RM200 Setahun
i-Sejahtera merupakan program penghargaan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Rakyat Pulau Pinang. Pendaftaran mestilah lengkap dan diluluskan sebelum 30 Jun. Pendaftaran yang diluluskan selepas bulan Jun, akan menerima bantuan untuk tahun yang seterusnya.
Kadar bantuan
RM 200 setahun , Pembayaran boleh dibuat secara elektronik transfer ke akaun bank pemohon yang layak. Kaedah pembayaran secarai tunai juga masih dibenarkan dan boleh dipilih semasa membuat permohonan secara online.
Syarat dan Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun ke atas pada tahun pendaftaran dibuat
- Berdaftar sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang (Semakan boleh di buat di laman SPR MySPRSemak)
Setiap pemohon hanya layak menerima hanya satu jenis sumbangan dibawah i-Sejahtera Pulau Pinang.
Dokumen sokongan
- Salinan MYKad Pemohon
- Salinan MYkad Pewaris
- Cetakan Semakan kawasan pengundian
- Salinan Penyata akaun bank yang aktif. Salinan mestilah jelas menunjukan maklumat seperti nama pemohon dan nombor akaun pemohon. Bank mestilah dimiliki oleh pemohon sendiri. Akan bersama waris (joint account) dibenarkan. Pembayaran tunai juga dibenarkan atas sebab-sebab yang munasabah.
Pendaftaran dan permohonan
Permohonan boleh dibuat di laman i-Sejahtera Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pemohon boleh klik di bahagian semakan, kemudian masukkan nombor MyKad , kemudian pilih “Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan Penguna”. Pastikan semua maklumat dan dokumen sokongan adalah lengkap. Penguna perlu mengunakan emel semasa membuat pendaftaran.
Bagi Pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, mereka boleh mendaftar di mana-mana Pusat Perkhidmatan KADUN Pulau Pinang ataupun Pejabat Daerah. Pendaftaran permohonan hanya perlu dibuat satu kali sahaja. Penerima yang layak akan mendapatan bantuan secara tahunan. Penerima yang layak dinasihatkan untuk membuat kemaskini setiap tahun jika terdapat perubahan maklumat.
Semakan permohonan
Semakan boleh dibuat di laman i-Sejahtera. Klik di bahagian semakan dan masukkan no kad pengenalan di bahagian semakan. Selain itu, semakan juga boleh dibuat di pusat Adun Negeri Pulau Pinang.
Jika anda tidak mendapat sumbangan anda, pastikan borang permohonan anda adalah lengkap dan pastikan dokumen sokongan dimuatnaikkan dengan jelas. Untuk pertolongan lanjut, permohon boleh meminta bantuan Pusat Khidmat Adun Negeri Pulau Pinang.
Laman Pendaftaran
https://isejahtera.penang.gov.my/