Apa itu Skim Peduli Sihat ?
Skim Peduli Sihat diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada bulan Disember 2016 dengan matlamat untuk memastikan penduduk Negeri Selangor sentiasa dalam keadaan sihat dan produktif, di samping memberi kesedaran kepada penduduk Negeri intu supaya sentiasa mengambil serius terhadap status kesihatan masing – masing. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM125 juta setahun bagi penyediaan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan untuk 250,000 keluarga atau sejuta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.
Skim Peduli Sihat ini diuruskan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator dengan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun. Mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapatkan rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang. Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat di mana membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan di klinik berdaftar mengikut kelayakan yang ditetapkan.
Selain skim peduli sihat bernilai RM500 untuk keluarga berpedapatan di bawah RM3,000, ibu bapa yang mempunyai anak golongan orang kelainan upaya (OKU) juga boleh memohon kad Peduli Sihat bernilai RM200 khusus untuk anak terbabit. Ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri berusaha sedaya upaya memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menikmati kemudahan kesihatan yang disediakan.
Skim peduli sihat ini bukan sekadar mendapatkan rawatan di klinik swasta pada kadar yang minima ataupun percuma malah turut disediakan bersama dengan :
- Program Dialisis Rakyat Selangor. Sekarang ini hampir 7,000 di Selangor sudah pun menyertai program ini yang mana mereka bakal menikmati rawatan dialisis sebanyak 13 kali untuk setiap bulan dengan kos rawatan bernilai RM3,000 sebulan
- Pencegahan denggi (nyamuk aedes) dan juga virus zika di Selangor
- Menawarkan program khad seperti ‘physiotherapy’, ‘occupational therapy’, ‘speech therapy’ dan ‘hydrotherapy’ untuk kalangan kanak-kanak yang pelru mendapatkan perhatian khas.
Kriteria Pemohon
Terdapat 2 kategori pemohonan iaitu Keluarga atau Individu .
Kategori A
Untuk kategori A iaitu keluarga, pemohon mestilah :
- Warganegara Malaysia
- Suami / isteri beserta anak-anak yang berkelayakan
- Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
- Pendapatan isi rumah antara RM3000 sebulan
Kategori B
Untuk kategori B iaitu individu , pemohon mestilah :
- Berumur 21 tahun yang berkelayakan
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
- Pendapatan isi rumah antara RM1500 sebulan
Pemohon boleh mendaftar secara manual atau daftar secara atas talian (online). Berikut merupakan dokumen-dokumen yang diperlukan:
- Borang pendaftaran Skim Peduli Sihat
- salinan kad pengenalan ( untuk ketua keluarga / individu )
- Salinan kad pengenalan , mykid atau surat kelahiran ( untuk tanggungan isteri/anak-anak )
- Salinan slip gaji/ pencen ( untuk penjawat awam dan pesara kerajaan )
- Salinan penyata EA atau KWSP ( untuk pekerja swasta atau bekerja sendiri )
- Hantar borang dan dokumen tersebut di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor di kawasan masing-masing untuk pemohonan secara manual atau scan dan muat naik dokumen di www.pedulisihat.com jika permohonan dibuat secara atas talian.
Cara-cara Mendaftar Kad Skim Peduli Sihat Selangor
- Muat Turun Borang Pendaftaran Kad Perubatan Skim Peduli Sihat Selangor (PESERTA)
- Isi Segala Maklumat yang diperlukan dengan lengkap
- Hantar borang yang telah diisi dengan lengkap ke Pejabat ADUN yang terdekat
Untuk daftar secara online di atas