i-SURI

i-SURI : Program Sukarela Insentif

Caruman KWSP buat suri rumah merupakan salah satu manifesto yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan semasa Pilihanraya Umum ke-14. Skim yang dikenali sebagai SURI ini membolehkan suri rumah di Malaysia menikmati kehidupan social yang lebih berkualiti dan dapat meningkatkan sekuriti pendapatan dengan adanya simpanan KWSP. Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan program ini akan bermula pada 15 ogos 2018 dan akan melibatkan tiga fasa pelaksanaan. Program Sukarela Insentif ini merupakan caruman sukarela KWSP bersama insentif khas Kerajaan yang dikhususkan buat suri rumah yang telah mendaftar dalam sistem e-Kasih. Sistem e-Kasih ini menyimpan maklumat mengenai kemiskinan individu, termasuk profil peribadi, bantuan yang telah diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dari agensi yang memberi bantuan serta keberkesanan program / bantuan yang diterima.Jumlah bayaran caruman suri rumah setiap bulan hanya sebanyak RM 5.00 dan pihak kerajaan pula akan membuat sumbangan caruman sebanyak RM 40.00 sebulan.

Sumbangan Kerajaan

Pihak kerajaan akan turut membuat sumbangan terhadap caruman KWSP ini ke akaun pencarum sehingga RM 200 kepada yang benar – benar layak (tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan) bagi tempoh Ogos hingga Disember 2019. Pada tahun berikutnya, sumbangan kerajaan kepada pencarum akan meningkat sehingga RM 480 setahun.

Manfaat Ahli KWSP

Sebagai ahli dan juga pencarum KWSP, setiap ahli layak menerima manfaat seperti dividen tahunan, bantuan hilang upaya, bantuan khairat kematian, pengeluaran simpanan dan juga pelepasan cukai ( tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan). Pengeluaran KWSP boleh dilakukan pada umur 50, tahun, 500 tahun dan 60 tahun 

Kelayakan Pencarum i-SURI

Individu yang layak mencarum adalah golongan suri rumah yang telah berdaftar dengan sistem e-Kasih setakat tahun 2018 termasuk :

  1. Isteri kepada ketua keluarga atau Ketua Isi Rumah (KIR)
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita yang terdiri daripada balu, bujang atau bercerai
  3. Merupakan warganegara Malaysia
  4. Berumur 60 tahun ke bawah
  5. Mencarum sekurang – kurangnya RM 5.00 sebulan atau RM 60.00 setahun
  6. Bedaftar dengan e-Kasih

 

Cara Pendaftaran

Bermula 15 Ogos 2018, ahli KWSP atau i-SURI yang layak boleh membuat pendaftaran di mana – mana cawangan kaunter KWSP yang berdekatan. Anda perlu membawa kad pengenalan, borang pendaftaran dan bayaran boleh dibuat di kaunter KWSP

Borang i-Suri

KWSP 16G (M)

Untuk pendaftaran kali pertama

KWSP 6A(2)

Pembayaran Caruman

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga cara iaitu :

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank)
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik (Maybank dan Public Bank)

Maklumat Lanjut

Laman web kwsp menyediakan maklumat berkaitan i-SURI dan anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih tepat di laman web tersebut. Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lengkap. Sekiranya ingin mengetahui mengenai insentif – insentif yang akan diterima oleh pencarum, sekretariat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia membantu di talian 03-80008000 atau layari laman web di sini untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.