Bagi pembayaran i-Lestari yang dijadualkan pada ๐บ๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฏ๐๐น๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ฐ, pembayaran akan diawalkan dan dibayar pada ๐บ๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ ๐ฎ๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ ๐ฏ๐๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ. Untuk makluman, tiada bayaran i-Lestari bagi bulan Mac sekiranya ahli telah menerima bayaran sepanjang minggu ini. Pembayaran awal ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa setiap pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran wang caruman KWSP mereka melalui kemudahan skim i โ Lestari. Ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan ianya boleh dilakukan secara penghantaran pos mulai 1 April 2020 dan pengeluaran akan mula dikreditkan ke akaun bank ahli KWSP mulai bulan Mei 2020.
Kemudahan pengeluaran i-Lestari ini akan memberi manfaat kepada 12 juta ahli KWSP dan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi menangani impak penularan wabak Covid โ 19. Pengeluaran kemudahan i-Lestari ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi kepada seluruh rakyat Malaysia baru โ baru ini dan jumlah pengeluaran caruman dianggarkan bernilai RM 40 bilion.
Konsep Pengeluaran i-Lestari
- Pengeluaran boleh dibuat melalui Akaun 2 sahaja dengan kadar maksimum pengeluaran sebanyak RM500ย ย
- Jumlah bilangan bulan pengeluaran yang diluluskan oleh pihak KWSP dikira mulai dari tarikh penerimaan permohonan hingga tamat tempoh pengeluaran i-Lestari iaitu sehingga 31 Mac 2021.
- Bayaran pengeluaran akan dibuat secaraย berulangย (recurring) untuk bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaranย ย
Syarat Kelayakan Untuk Memohon Pengeluaran i-Lestari
- Merupakan warganegara Malaysia / Pemastautin Tetap / Bukan Warganegara Malaysiaย
- Mestilah berumur 55 tahun dan ke bawah
- Baki simpanan mestilah mencukup di dalam Akaun 2
Panduan Permohonan Pengeluaran I-Lestari secara online
Permohonan boleh dibuat dengan sistem ilestari baru yang mudah di https://ilestari.kwsp.gov.my/
Panduan Permohonan Pengeluaran I-Lestari Secara Manual Melalui Pos
Berikut merupakan panduan permohonan secara manual melalui pos.
- Ahli perlu mengisi borang yang disediakan oleh pihak KWSP sahaja dan borang permohonan Pengeluaran i-Lestari itu boleh di muat turun dari laman sesawang KWSP.
- Muat turun borang di https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf
- Isikan borang dengan maklumat lengkap berserta cap ibu jari (kiri dan kanan)ย
- Sertakan dokumen sokongan seperti berikut bersama borang permohonan yang telah lengkap :
- Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
- Salinan passport sekiranya bukan warganegara Malaysia
- Salinan buku bank / penyata akaun bank ahli yang masih aktif
- Kesemua dokumen perlu dihantar ke alamat :
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan,ย 46720 Petaling Jaya
- Catatkan UP : i-Lestari pada bahagian hadapan sampul surat
- Oleh kerana tiada sebarang kaunter KWSP dibuka sepanjang pelaksanaan tempoh PKP ini, pemohon tidak perlu melakukan proses pengecaman cab ibu jari bagi proses permohonan i-Lestari secara manual
Amaun Pengeluaran i-Lestari
- Ahli boleh mengeluarkan wang caruman dengan kadar minimum sebanyak RM 50 sehingga RM 500 sebulan dan ia tertakluk kepada jumlah simpanan yang terdapat dalam Akaun 2
- Sekiranya jumlah simpanan Akaun 2 kurang daripada amaun yang dipohon, pengeluaran untuk bulan seterusnya adalah berdasarkan jumlah terkini yang terdapat dalam Akaun 2 tersebut
Tempoh Ahli Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari
Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021ย
Bayaran pengeluaran i-Lestari
Bayaran pertama i-Lestari akan bermula 4 Mei 2020.
Pertanyaan Lanjut Mengenai i-Lestari
Pemohon boleh menghantar sebarang pertanyaan melalui emel kepada salah satu emel berikut :
- Mengenai pengeluaran i-Lestari:ย [email protected]
- Mengenai penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari:ย [email protected]