Jadual Pembayaran BKSS
Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan bahawa golongan B40 di Sarawak akan menerima Bantuan Khas Sayangku Sarawak yang akan dikreditkan ke akaun bank penerima setiap 15 haribulan mulai 15 April 2020 hingga 15 September 2020. Pembayaran tunai sebanyak RM 250 yang akan dibayar selama 6 bulan ini akan memanfaatkan seramai 430,000 rakyat Sarawak. Penerima yang layak adalah terdiri dari penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tiada sebarang permohonan perlu dibuat.
Syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Sarawak
- Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
- Berumur 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
- Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
- Pendapatan kategori bujang adalah RM2,000 dan ke bawah
Pemberian bantuan ini bagi membantu rakyat Sarawak dari segi ekonomi serta supaya dapat mempertingkatkan kesejahteraan rakyat biarpun terkesan dengan wabak Covid-19 yang melanda. Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM 654 juta bagi melaksanakan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebagai salah satu inisiatif kerajaan kepada rakyat Sarawak.
Pembayaran bantuan ini akan disalurkan ke akaun bank penerima, namun sekiranya penerima tidak memiliki akaun bank, penerima boleh mendapatkan bayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan sebagai dokumen pengesahan diri. Bayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu fasa pertama selepas 17 April 2020 dan fasa kedua pula selepas 17 Julai 2020 dengan bayaran masing – masing sebanyak RM 750. Bagi yang tidak berjaya mendapat bantuan ini, mereka masih boleh membuat rayuan sekiranya memenuhi syarat kelayakan. Permohonan rayuan boleh dibuat seperti berikut.
Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sayangku Sarawak
- Rayuan boleh dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan dan diserah kepada Pejabat Daerah yang berdekatan.
- Ia juga boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
- Rayuan boleh dibuat mulai 18 April 2020 hingga 28 April 2020 dan keputusan rayuan boleh disemak mulai 15 Jun 2020 melalui laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
Bantuan Khas Sayangku Sarawak PKS
Kerajaan Sarawak juga turut mengumumkan Bantuan Khas Sayangku Sarawak fasa 2.0 buat para usahawan Perusahaan Kecil dan Serdehana (PKS), Perusahaan mikro, penjaja serta peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1.1 bilion. Ia juga sebagai bantuan kepada golongan peniaga yang turut terkesan dengan Covid-19 ini. Kebanyakan perniagaan terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan ini turut menjejaskan sumber kewangan para peniaga semasa krisis Covid-19 melanda.
Bantuan yang akan diterima oleh para peniaga serta penjaja kecil yang layak dan berdaftar degan Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebanyak RM 1500 Permohonan boleh dibuat menggunakan aplikasi Sarawak Pay yang cukup mudah dan tidak perlu hadir ke cawangan pusat Pihak Berkuasa Tempatan.
Cara Membuat Permohonan Bantuan Khas Sayangku Sarawak PKS Menggunakan Sarawak Pay
- Muat turun aplikasi Sarawak Pay di Google Playstore atau Apple Store
- Pastikan anda mendaftar akaun dengan memilih Merchant Account dan isi maklumat yang diperlukan seperti :
- Nama Penuh
- Kad Pengenalan
- Nombor Telefon
- Lesen Perniagaan
- Alamat Emel yang Sah
- Muat naik dokumen berikut sebagai melengkapkan proses pendaftaran:
- Kad Pengenalan
- Lesen Perniagaan
- Gambar Premis Perniagaan
- Anda akan menerima emel pengesahan dari Sarawak Pay bagi status pendaftaran akaun perniagaan dalam tempoh 7 hari bekerja
- Sekiranya permohonan anda lulus, pembayaran akan dikreditkan melalui aplikasi Sarawak Pay
Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut berkaitan Bantuan Khas Sayangku Sarawak boleh diperolehi melalui talian telefon 082-555 999 atau emel:[email protected].