Cara Buat Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup atau juga dikenali dengan BSH merupakan kesinambungan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang pernah dikenali suatu tika dahulu. Perubahan nama skim bantuan ini adalah selaras dengan peralihan kuasa kerajaan Malaysia, namun rakyat masih dapat menerima bantuan seperti mana yang telah diperuntukan. BSH seperti mana yang diketahui merupakan bantuan yang diberikan kepada golongan B40 bagi meringankan beban kewangan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat. Bantuan ini turut diperluaskan kepada golongan bujang yang layak dan diberikan secara one off kepada yang berjaya.

Rayuan BSH dibuka mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Pemohon yang tidak berjaya boleh mula membuat permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan ianya boleh dilakukan secara atas talian dan juga secara manual. Setiap rayuan perlu disertakan bersama dokumen yang diperlukan semasa proses rayuan.

Cara Buat Rayuan BSH 2020  

Terdapat dua kaedah untuk membuat permohonan rayuan ini dan pemohon boleh memilih salah satu kaedah berikut mengikut kesesuaian masing – masing.

 

Secara Online

  • Buka laman web rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.my dan klik ikon Rayuan
  • Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik Carian
  • Masukkan semua maklumat yang dikehendaki dengan lengkap

 

Secara Manual 

  • Permohonan rayuan boleh dibuat melalui muat turun borang permohonan yang terdapat di portal rasmi LHDNM
  • Borang juga boleh diperolehi dari mana – mana cawangan pejabat LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup 

Pemohon perlu memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak sekretariat supaya permohonan anda tidak gagal. Salah satu syarat yang perlu diikuti adalah seperti berikut :

Isi Rumah

  • Berkahwin; atau
  • Terdiri dari golongan Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Bujang (termasuk OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas

Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Mestilah berumur :
    1. 40 tahun dan ke atas; atau
    2. 18 tahun dan ke atas bagi kategori OKU

 

Tarikh Semakan Status Rayuan BSH Fasa 3

Setiap rayuan boleh mula dibuat mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Keputusan rayuan pula boleh diketahui selepas 6 September 2020 dan boleh disemak melalui beberapa cara iaitu :

  • Melalui portal rasmi BSH 
  • Melalui aplikasi Mobile BSH
  • Menghubungi talian LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu pejabat: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Talian Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu pejabat: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Berkunjung ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM berhampiran

 

Maklumat Lanjut

Sekretariat BSH atau LHDNM boleh dihubungi melalui emel dan alamat surat menyurat seperti di bawah :

  • Emel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 WP Putrajaya