Para penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pastinya tersenyum tatkala pihak kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tambahan sebanyak RM 500 yang akan dibayar secara one-off bagi penerima yang berpendapatan rendah. Bagi melaksanakan pemberian bantuan tambahan ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.2 billion untuk membantu sebanyak 2.4 juta penerima yang telah kehilangan pekerjaan atau punca pendapatan.
Bantuan sebanyak RM 500 ini akan diberikan kepada penerima kategori B40 dan juga penerima BPR yang berpendapatan di bawah RM 1,000. Penerima akan menerima bantuan ini secara automatik sekiranya layak dan ianya berdasarkan data yang diperolehi daripada tiga agensi iaitu KWSP, PERKESO dan juga LHDN.
Syarat dan kelayakan
Tiada permohonan untuk Bantuan tambahan ini. Kelayakan adalah secara automatik untuk penerima BPR yang sediakala
- Merupakan individu yang telah kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan
- Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
- Individu merupakan golongan kurang upaya dan rentan
- Merupakan penerima BPR dan berpendapatan bawah RM 1,000
Cara Membuat Permohonan
- Tiada sebarang permohonan perlu dibuat kerana semakan silang akan dibuat melalui LHDN, KWSP dan juga PERKESO
Tarikh Pembayaran Bantuan
- Pembayaran bantuan tambahan ini akan dibuat mulai Jun 2021 kepada para penerima yang menepati syarat kelayakan
Bagi individu yang berstatus bankrap, mereka boleh membuka akaun bank melalui permohonan emel kepada Jabatan Insolvensi yang menguruskan kes bankrap mereka. Pihak Jabatan Insolvensi akan berhubung dengan pihak bank bagi memudahkan individu bankrap membuka akaun bank supaya bantuan tersebut boleh disalurkan kepada mereka.