Orang tua merupakan kedua ibu bapa seorang anak memiliki hubungan biologi atau hubungan sosial. Kedua – duanya adalah penting dalam kehidupan seharian kita kerana tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Saban hari, usia semakin menginjak tua dan kesihatan juga turut terjejas. Ada yang masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa, namun tidak kurang juga yang masih hidup di dalam suasana yang serba kekurangan.
Justeru, menyedari hakikat ini yang terpaksa dihadapi oleh golongan orang tua atau juga dikenali sebagai warga emas, kerajaan telah memperkenalkan bantuan khas buat mereka. Bantuan Orang Tua (BOT) yang diperkenalkan adalah untuk membantu golongan ini untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan tetap berada di dalam kelompok masyarakat tanpa dipinggirkan. Golongan ini tidak perlu lagi bergantung harap dengan anak – anak yang juga telah memiliki kehidupan masing – masing.
Kadar Bantuan
Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM 500 sebulan
Syarat dan Kriteria Kelayakan
Syarat dan kriteria kelayakan permohonan adalah seperti berikut :
- Merupakan warganegara Malaysia dan menetap di dalam negara
- Merupakan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM
- Warga emas yang bukan tinggal di pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
Cara Membuat Permohonan Secara Manual di Cawangan PKMD
- Bagi memudahkan pemohon membuat permohonan, pemohon boleh datang ke cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) /Jajahan yang berdekatan bersama – sama borang permohonan JKM 18
- Sila bawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah semasa membuat permohonan. Contoh , Salinan Kad Pengenalan Isteri / Suami/ Ibu /Bapa / Anak yang tinggal bersama, Salinan Penyata gaji jika masih bekerja, dan dokumen yang diperlukan.
- Borang JKM 18 boleh dimuat turun di http://spbk.jkm.gov.my/spbkDoc/BorangJKM/JKM18.pdf
Cara Buat Permohonan Bantuan Secara Online
-
- Layari laman web rasmi di http://spbk.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
- Klik butang Daftar Permohonan
- Pilih Negeri di mana pemohon berada
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon
- Klik butang Daftar
- Lengkapkan maklumat di Bahagian A iaitu Maklumat Pendapatan
- Lengkapkan maklumat Pendapatan Pemohon / Ketua Keluarga
- Lengkapkan maklumat Pendapatan Isteri / Suami
- Lengkapkan maklumat Pendapatan Ahli Isi Rumah Yang Tinggal Bersama
- Lengkapkan maklumat Pendapatan Pencen Bulanan
- Masukkan lain-lain pendapatan (sekiranya ada)
- Masukkan maklumat pemilikan kereta (sekiranya ada)
- Tandakan pada kotak sekiranya ada menggunakan telefon pintar / Astro / Internet
- Tandakan pada kotak sekiranya ada menggunakan aircond
- Lengkapkan maklumat Bahagian B iaitu Maklumat Keperluan Bulanan
- Tekan butang Keputusan
- Anda akan dimaklumkan keputusan saringan awal secara automatik
- Jika tiada sebarang keputusan dipaparkan, anda perlu menghubungi pihak JKM di talian 03 – 8000 8000
- Pemohon juga perlu hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah sama seperti yang dipohon dalam sistem eBantuanJKM dalam tempoh 14 hari
- Permohonan adalah terbatal sekiranya pemohon tidak hadir dalam tempoh 14 hari
Senarai Dokumen Sokongan Bantuan
Beberapa dokumen sokongan adalah diperlukan semasa membuat permohonan iaitu seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan / MyKad Pemohon
- Salinan kad pengenalan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan salah satu bil utiliti samada bil Astro, air, elektik atau telefon yang menunjukkan alamat rumah
- Sekiranya bekerja sendiri, salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan diperlukan
- Sekiranya pemohon sedang sakit atau tidak bekerja, salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta adalah diperlukan
- Dokumen ini perlu dibawa bersama semasa pemohon hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi melalui pejabat JKM iaitu di :
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia,
Aras 6, 9 – 18,
No 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya
Nombor telefon: 03 – 8000 8000
Nombor faks: 03 – 8323 2045
Email: [email protected]