Fasa 4 BKM
Penunaian boleh dibuat mulai 15 November 2022 di kaunter mana-mana kaunter BSN. Penerima BKM sendiri perlu hadir dan membawa MyKad mereka. Jika penerima tidak dapat hadir, wakil waris berdaftar yang mempunyai hubungan persaudaraan boleh hadir
Rasmi , bayaran fasa 4 BKM akan bermula 15 November 2022 secara berperingkat. Seperti kebiasaan, pembayaran adalah secara berperingkat mengikut bank, kategori dan kawasan.Bantuan ini diawalkan bagi membantu rakyat Malaysia yang mungkin dilanda banjir pada penghujung tahun.
Bantuan kali ini akan menglibatkan 5.2 juta penerima dan bernilaiRM8 billion.
Fasa 3 BKM
Fasa 3 dan Rayuan BKM fasa 3 akan dibayar bermula 20 September 2022 ini.Pembayaran BKM fasa 3 akan bermula 20 September 2022.
Berdasarkan pengumuman kerajaan terdahulu, BKM fasa 3 akan dibayar pada bulan September. Bagi pembayaran yang terdahulu, kebiasaanya dibuat pada penghujung bulan. Oleh itu, Bayaran Fasa 3 BKM juga dijangka dibuat pada penghujung bulan September. Keputusan rayuan, juga kebiasaanya akan diketahui pada masa yang sama.
Untuk Fasa 3 penerima adalah kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang. Untuk menyemak bayaran BKM fasa 3, mereka yang layak boleh mengunakan portal BKM.
Untuk BKM fasa 3, sejumlah 2.2billion akan diagihkan kepada 8.7 juta penerima yang layak.
Bayaran Tunai BKM fasa 3
Pembayaran Tunai BKM fasa 3 boleh dibuat dimana-mana cawangan BSN. Penerima BKM perlu membuat semakan terdahulu untuk mengetahui kelayakan BKM fasa 3 di laman BKM. Penerima yang layak perlu membawa kad pengenalan untuk membuat penunaian di kaunter BSN
Hanya waris berdaftar boleh membuat penunaian untuk penerima yang tidak dapat hadir untuk mendapat bantuan BKM.
Semakan BKM fasa 3
https://bkm.hasil.gov.my/
Katgori Penerima BKM fasa 3
Berikut adalah kategori yang akan mendapat BKM fasa 3
- Isi Rumah
- Warga Mas , Bujang , Tiada pasangan
- Bujang

Jadual pembayaran BKM
Borang Pembatalan permohonan BKM
Bagi mereka yang ingin membatalkan permohan BKM mereka boleh mengunakan borang di bawah.
https://bkm.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-05%20(Borang%20Pembatalan%20Permohonan%20BKM).pdf
Kaedah Pemulangan Bayaran BKM
Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BKM yang diterima
Kemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia ( KKM ) dan sertakan
- Nama Penuh
- No Mykad
- Alamat
- Sebab Pemulangan
Lampirkan daft chek yang mengandungi nama Jabatan Akauntan Negara
Surat dan chek perlu dihantar ke
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia,
Presint 2, 62592 Putrajaya
Skim Khairat Kematian (SKK) BKM RM1,000
RM1,000 boleh dituntut sekiranya penerima BKM berdaftar yang berstatus lulus meninggal dunia dari 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022. Wakil mestilah berdaftar dalam borang BK01 (Borang permohonan ataupun kemaskini BKM). Wakil/Pasangan berdaftar boleh membuat tuntutan SKK di mana mana cawangan BSN ( Bank Simpanan Nasional). Wakil mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penerima , antaranya Pasangan, Suami /Isteri, Cucu , Adik-beradik , Cucu ataupuna Anak kepada penerima BKM yang meninggal dunia.
Bantuan tambahan RM100 berkeluarga , RM50 untuk bujang pada fasa 2
Untuk kemaskini sudah dibuat mulai 20 Jun 2022 di laman rasmi BKM.
“Bayaran BKM fasa 2 bermula 20 Jun”
Status BKM
Status BKM sudah bertukar kepada lulus atau tidak lulus. Bagi mereka yang lulus, jumlah kredit akan dipaparkan and status akan bertukar ke dalam proses pengkreditan.
Bagi yang tidak lulus, kod tidak lulus akan dipaparkan bersama dengan alasan tidak lulus.
Penunaian Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1.
Bagi mereka yang berstatus gagal kredit atau tidak mempunyai akaun bank. Penuaian untuk BKM fasa 1 bermula 30 Mac 2020 di mana-mana cawangan BSN. Untuk pedalaman pula, pembayaran akan diumumkan oleh Kementeri Kewangan Malaysia dari masa ke semasa
Bayaran BKM
BKM disahkan dibayar empat fasa pada tahun 2022. Fasa pertama di bulan Mac, Kedua bulan Jun, Ketiga bulan September, keempat bulan Disember.
Semakan BKM
Laman Rasmi BKM adalah , https://bkm.hasil.gov.my/
Febuari 2022
Status BKM sudah bertukar kepada DIPROSES and PEDALAMAN.
Pendaftaran dan Kemaskini BKM 2022
Pendaftaran dan Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia dibuka 1 Januari 2022
BKM akan menggantikan BPR dan BKC pada tahun 2022. Mereka yang layak boleh mendapat bantuan terus BKM. Penerima yang layak akan mendapat sehingga RM2,000 untuk 4 bayaran pada tahun 2022.
Borang permohonan dan Kemaskini BKM 2022 (Serahan atas kaunter)
- Borang BK-01 Permohonan BKM 2022
2. Borang kemaskini Maklumat permohonan
3. Borang Akuan Penerimaan
4. Borang Serahan Dokumen Sokongan
5. Borang Pembatalan BKM
Syarat dan Kelayakan
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Isi Rumah
- Berpendapatan Isi Rumah RM5,000 dah ke bawah
- Ibu atau Bapa tunggal mesti mempunyai anak
Warga Emas Bujang Tiada pasangan
- Berpendapatan Isi Rumah RM5,000 dah ke bawah
- Berumur 60 tahun dan ke atas
Bujang
- 21 tahun hingga 59 tahun
- Berpendapatan RM2,500 dah ke bawah
Skim Khairat Kematian (SKK) BKM
Jumlah tuntutan RM 1,000. boleh dibuat oleh wakil.waris yang berdaftar di laman BKM.
Kelayakan dan Syarat
- Penerima lulus BKM
- Penerima BKM yang meninggal dunia 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022.
Waris/Wakil berdaftar mesti mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penerima BKM yang meninggal dunia.
- Ibu Bapa
- Anak
- Suami Isteri
- Adik beradik
- Cucu
Dokumen Sokongan
- Sijil Kematian asal , salinan dari Jabatan Pendataran Negara (JPN)
Tuntutan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN , wakil perlu membawa Dokumen sokongan semasa membuat tuntutan