Program Subsidi Upah RM1200

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menbentangkan taklimat khas Covid-19 di mana bantuan akan disalurkan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan akibat wabak Covid-19. Perdana Menteri menyatakan Bantuan Dari RM1200 ke RM600 sebulan akan diberikan kepada mereka yang terpaksa becuti tanpa gaji selama tempoh maksima 6 bulan sahaja. Mereka yang mendapat bantuan dari RM 1200 ke RM600 juga berhak untuk mendapat caruman perkeso dengai gaji tidak lebih dari RM4,000 sebulan.

RM 600

Syarikat yang mempunyai pekerja lebih 200 orang. Terhad kepada 200 orang sahaja

RM 800

Syarikat yang mempunyai pekerja dari 76 hingga ke 200 orang. Terhad kepada 200 orang sahaja

RM 1,200

Syarikat yang mempunyai pekerja hingga 75 orang

Bantuan kewangan Covid-19 RM 600 Cuti Tanpa Gaji (CTG) program pengekalan Pekerjaan Employment Retention Program(ERP)

 

  • Pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji akibat wabak Covid-19
  • Bantuan RM1200 ke RM600 sebulan selama 6 bulan sahaja
  • Notis cuti tanpa gaji bermula Mac 1 2020
  • Untuk pembayar caruman SIP Perkeso

Perdana Menteri juga telah menlancarkan tabung Covid bagi membantu mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap tetapi terpaksa dikuarantine sepanjang tempoh 14 hari. Pihak yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan mereka dengan akaun Bank Muamalat 1601-0001-1387-14. Tabung ini diuruskan boleh Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan program dan bantuan lain bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak covid-19.

Syarat dan Kelayakan ERP

 

  • Kesemua majikan Swasta perlulah berdaftar serta menbayar caruman SIP dan mempunyai gaji bulanan kurang daripada RM 4,000 sebulan
  • Mereka yang telah diberhentikan kerja tidak layak dilindungi dalam program ERP

Cara memohon

Bantuan RM600 adalah diuruskan oleh pihak PERKESO. Bantuan RM 600 ini akan disalurkan kepada majikan kemudian majikan akan menyalurkan bantuan ini kepada pekerja yang terjejas.  Majikan yang telah mendapat RM600 dari PERKESO hendaklah menyalurkan bantuan ini kepada pekerja dalam masa 7 hari tarikh mendapat bayaran dari Perkeso. Majikan yang membuat permohonan palsu ataupun yang gagal membuat bayaran ERP kepada pekerja akan dikenakan tindakan undang-undang.

Borong Permohonan ERPC-19 

Permohonan boleh dibuat secara online ke [email protected] , borong permohonan boleh didownload dari LAMPIRAN_1_-_BORANG_ERPC_FINAL. Permohonan juga boleh dibuat di mana mana pejabat PERKESO. Sistem pedaftaran secara online sedang dibangungan. Sebarang pertanyaan lazim boleh dibuat di talian 130022800 atau emel ke [email protected]

 

Status Wabak Covid-19

Sejumlah 566 telah positif wabak Covid-19 setakat 16 Mac 2020 dimana 42 telah pulih sembuh. Selangor dan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur mencatat kes tertinggi sebanyak 250 kes positif.

Lebih 170,000 kes positif telah dilaporkan di seluruh dunia di mana Itali adalah negara kedua terbesar wabak Covid-19 selepas China. Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menelefon KKM di 03-88810200 , 03-888106000 ataupun 03-88810700