Asnaf
Zakat adalah penting dalam membantu asnaf dan ummah. Bantuan zakat kepada fakir dan miskin dikategorikan sebagai bentuk sumbangan dan bukan menanggung mereka, ia juga diharapkan agar menjadi bentuk perubahan kepada individu dalam mencari ekonomi yang lebih stabil, dan ia hanyalah berbentuk sementara dan bukan berpanjangan.
Asnaf merupakan individu fakir dan miskin. Fakir yang dimaksudkan adalah orang yang tidak mempunyai pekerjaan, harta, atau pekerjaan yang tidak bersesuaian dengan akidah agama mereka, dan mereka tidak mencapai matlamat 50% untuk membantu untuk menjaga ekonomi mereka sendiri dan individu yang ditanggung oleh mereka. Miskin adalah individu yang mempunyai pekerjaan tetapi tidak dapat menanggung orang lain.
Cara Pemilihan Asnaf
Pemilihan asnaf boleh dikategorikan dalam empat (4) bentuk iaitu bancian, semakan, siasatan dan keputusan. Bancian dilakukan tiga (3) tahun sekali yang dilakukan oleh Penolong Amil Kariah sebagai pemangku LZS atau Lembaga Negeri yang lain. Kemudiannya, semakan akan dibantu oleh pegawai bertugas setiap tahun. Siasatan yang dilakukan setiap tahun adalah tugas pegawai yang telah ditetapkan oleh Lembaga Negeri dengan meninjau permohonan semasa atau penemuan baru yang dikaji dan diselidik sepanjang masa. Keputusan akan diraih oleh individu yang bertugas melakukan peninjauan, dan permohonan mereka didaftarkan sebagai asnaf mengikut kategori yang sesuai.
Keputusan
Fakir dan miskin yang layak menerima bantuan zakat adalah individu yang telah ditinjau oleh pegawai yang bertugas dalam membuat semakan. Walaubagaimanapun, mereka yang layak menerima bantuan zakat juga boleh dikategorikan dalam beberapa golongan yang lain iaitu Asnaf Muallaf, Fisabillillah, Gharim dan Ibnu Sabil.
Pemohon Yang Dinasihatkan Untuk Mendapat Bantuan Zakat
- Individu yang beragama Islam.
- Individu yang berwarganegara Malaysia atau telah menetap di Malaysia sebagai permastautin.
- Mereka tidak mempunyai pendapatan tetap iaitu had umum sebagai penerima bantuan zakat.
- Mereka yang tidak menerima bantuan daripada pihak yang lain atau mereka telah menerima bantuan tetapi ia tidak mencukupi.
Jenis Bantuan
Bantuan zakat yang diberi kepada individu yang telah layak menerimanya adalah berbentuk;
- Kewangan dan makanan bulanan.
- Bantuan pendidikan sekolah atau pengajian tinggi termasuk awam dan swasta secara yuran atau keperluan yang penting.
- Bantuan zakat yang memerlukan individu mendapat bantuan perubatan.
- Bantuan zakat berbentuk modal yang diperlukan oleh individu.
- Bantuan zakat seperti pembaikan semula rumah atau pembinaan.
- Bantuan zakat untuk individu akan diberikan oleh pegawai sekiranya mereka memerlukan bantuan untuk membayar sewa bulanan rumah atau pendahuluan untuk membeli rumah kos rendah.
- Saguhati bagi individu menyambut Ramadan dan hari raya berbentuk bantuan zakat.
Aturan Permohonan Bantuan Zakat
- Permohonan boleh didapati di Baitulmal dan ia telah diringkaskan menjadi 2 mukasurat daripada 8 mukasurat.
- Ianya tidak memerlukan cop sokongan daripada badan-badan agensi pentadbiran yang berhubung dengan borang permohonan ini.
- Dokumen untuk menyokong hak mereka tidak perlu mendapatkan cop sokongan daripada agensi pentadbiran yang berhubung dengan borang permohonan ini.
- Tempoh berhubung dengan permohonan yang dibuat oleh pemohon telah dipendekkan pada 5 hari dari 14 hari.
- Temuduga yang akan dibuat semasa penghantaran borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap akan memberi manfaat masa permohonan.