Zakat Pulau Pinang bertanggungjawab dalam menguruskan kutipan zakat serta mengagihkan dana zakat kepada penduduk yang layak di negeri Pulau Pinang. Ia telah mula beroperasi sejak tahun 1994 lagi. Antara matlamat penubuhan Zakat Pulau Pinang adalah menyediakan sistem pungutan zakat bersistematik, meningkatkan kutipan zakat negeri Pulau Pinang, kemudahan bayaran serta pengagihan zakat yang lebih adil serta mewujudkan pertalian yang erat di kalangan masyarakat Pulau Pinang.
Sebagai sebuah institusi yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang, pihak Zakat Pulau Pinang telah membuka permohonan untuk Bantuan Awal Persekolahan ZPP bagi kemasukan alam persekolahan tahun 2021. Bantuan Awal Persekolahan ZPP ini adalah bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dalam membuat persediaan anak – anak yang akan memulakan persekolahan pada awal tahun hadapan. Wang bantuan yang diberikan membolehkan ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan seperti pakaian seragam, beg sekolah dan sebagainya. Zakat Pulau Pinang telah memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 bagi tujuan pemberian bantuan ini.
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat mulai 21 September 2020 hingga 30 Oktober 2020
Syarat dan Kriteria Kelayakan
- Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan dan perlu memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan seperti berikut :
- Mestilah beragama Islam
- Pemohon mestilah tinggal dan menetap di Pulau Pinang atau merupakan penduduk negeri Pualau Pinang
- Memiliki sekurang – kurangnya 2 orang anak yang bersekolah
- Anak bersekolah merupakan murid sekolah Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sesi persekolahan 2021 atau;
- Merupakan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 bawah bagi sesi persekolahan 2021.
- Walau bagaimana pun, murid tadika dan pra sekolah tidak akan dipertimbangkan
- Permohonan adalah berdasarkan pendapatan kasar isi rumah dan juga jumlah bilangan anak iaitu seperti berikut:
i) 2 orang anak- berpendapatan RM1,500 dan ke bawah
ii) 3 orang anak – berpendapatan RM2,000 dan ke bawah
iii) 4 orang anak- berpendapatan RM2,500 dan ke bawah
Cara Membuat Permohonan
- Pemohon boleh membuat permohonan menggunakan borang yang boleh diperolehi dari kaunter ZPP yang berhampiran
- Pemohon boleh hadir ke salah satu cawangan kaunter ZPP iaitu di Bandar Perda, Butterworth, Kepala Batas, GeorgeTown, Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau atau Ayer Itam dan boleh juga merujuk alamat penuh cawangan kaunter ZPP yang berhampiran di laman web rasmi ZPP di https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/hubungi/hubungi-kami
- Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul
- Hantar borang yang telah lengkap ke kaunter ZPP yang berhampiran sebelum atau pada 30 Oktober 2020 pada hari bekerja (Isnin hingga Khamis mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan mulai 2.45 petang hingga 4.30 petang)
Senarai Dokumen Yang Diperlukan
Setiap permohonan mestilah disertakan bersama – sama dokumen sokongan seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan slip gaji / pengesahan pendapatan
- Surat pengesahan pihak sekolah
- Salinan surat cerai / kematian (jika berkenaan)
Maklumat Lanjut
- Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web rasmi ZPP iaitu di https:www.zakatpenang.com/zpp/, atau;
- Hantarkan sebarang pertanyaan melalui emel di [email protected], atau;
- Hubungi talian hotline di 1 300 88 8808 atau 04-549 8088, atau;
- Maklumat terkini juga boleh diperolehi melalui laman sosial Facebook iaitu di www.facebook.com/zakatpenang